Merujuk kepada perutusan khas YAB Perdana Menteri pada 10 April 2020, tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) telah dilanjutkan kepada 28 April 2020.

Sehubungan itu, tarikh tutup bagi semua tender / sebut harga yang telah dipelawa dalam tempoh PKP oleh MARA adalah dilanjutkan ke suatu tarikh yang akan dimaklumkan kelak


BAHAGIAN PENGURUSAN ASET DAN PEROLEHAN
MAJLIS AMANAH RAKYAT
11 April 2020

 

* Soalan Lazim Perolehan Kerajaan sewaktu pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP)

 

Permohonan Program Intensif Bahasa Inggeris Sesi Julai 2020 Ke Kolej Profesional MARA (KPM)

Tarikh Tutup:  30 April 2020

>>> Klik disini (Permohonan dalam talian)
>>> Klik disini (Garis Panduan Permohonan)
>>> Klik disini (Syarat Kelayakan Akademik)

FAQ Umum

  1. Di manakah iklan Tender / Sebut Harga MARA boleh diperolehi?
  •  Sebarang iklan bagi Tender MARA akan diiklankan di akhbar Berita Harian dan juga dimuat naik dalam Portal MARA iaitu di https://www.mara.gov.my/. Manakala bagi iklan Sebut Harga Pusat Pentadbiran MARA akan dipaparkan di Papan Kenyataan Pusat Pentadbiran MARA yang berkaitan.

 

  1. Apakah kelayakan yang diperlukan untuk menyertai Tender / Sebut Harga MARA?
  •  Pihak syarikat perlu mendaftar dengan Kementerian Kewangan Malaysia dan mempunyai Sijil Akuan Pendaftaran Syarikat Bumiputera beserta Kod Bidang mengikut syarat tawaran.

 

  1. Apakah syarat – syarat utama bagi menyertai Tender / Sebut Harga MARA secara atas talian?
  • Pihak syarikat perlu mendaftar dengan pihak Sennego.com. Sila klik https://www.sennego.com/ untuk tatacara pendaftaran.

 

  1. Adakah wakil syarikat dibenarkan untuk menghadiri lawatan tapak & membeli dokumen Tender / Sebut Harga MARA?
  • Tidak dibenarkan. Hanya penama yang berdaftar dengan Kementerian Kewangan Malaysia sahaja yang dibenarkan untuk terlibat dalam urusan perolehan MARA.

 

  1. Bagaimana pihak syarikat boleh mengetahui keputusan Tender / Sebut Harga MARA yang telah disertai?
  • Sebarang keputusan Tender / Sebut Harga MARA akan dimaklumkan melalui Portal Rasmi MARA iaitu di https://www.mara.gov.my/ dan pembekal yang berjaya akan dihubungi oleh Bahagian Pengurusan Aset dan Perolehan MARA. Manakala bagi Sebut Harga di Pusat Pentadbiran MARA, keputusan akan dipaparkan di Papan Kenyataan Pusat Pentadbiran MARA yang berkaitan.

 

  1. Bagi penjualan Tender / Sebut Harga MARA secara dalam talian, bolehkah calon petender membuat pembelian no. pin di Pejabat MARA Negeri / Daerah yang terdekat?
  • Penjualan no. pin untuk tender / sebut harga secara dalam talian hanya dilaksanakan di Bilik Tender, Tingkat 2, Ibu Pejabat MARA, Kuala Lumpur sahaja pada ketika ini. Sebarang perubahan terbaharu akan dimaklumkan daripada semasa ke semasa.

 

  1. Siapakah yang boleh dihubungi bagi mendapatkan maklumat lanjut atau pertanyaan berkaitan perolehan MARA?
  • Sebarang pertanyaan berkaitan perolehan MARA boleh menghubungi talian 03-26132000 atau Portal MARA https://www.mara.gov.my/.

 

FAQ Bagi Tempoh Perintah Kawalan Pergerakan

 

  1. Bagaimanakah kedudukan Tender / Sebut Harga MARA yang telah dipelawa tetapi tarikh tutupnya dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan?
  •  Tarikh tutup Tender / Sebut Harga MARA telah dilanjutkan sebagaimana hebahan yang telah dibuat melalui platform pelawaan dibuat termasuk di portal MARA.

 

  1. Bagaimanakah kedudukan Tender / Sebut Harga MARA yang telah tamat tempoh sah laku dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan?
  •  Tarikh sah laku Tender / Sebut Harga MARA telah dilanjutkan sebagaimana hebahan yang telah dibuat melalui platform pelawaan dibuat.

 

  1. Adakah taklimat Tender / Sebut Harga MARA yang dijadualkan dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan akan diteruskan?
  • Taklimat Tender / Sebut Harga MARA telah dijadualkan semula selepas tamat tempoh Perintah Kawalan Pergerakan dan tarikh baharu bagi taklimat Tender / Sebut Harga MARA adalah tertakluk kepada Pengawal Pusat yang berkaitan.

Usahawan yang menerima kemudahan pembiayaan MARA yang layak dan menepati syarat ditetapkan perlu mengemukakan permohonan secara atas talian melalui Portal Rasmi MARA (www.mara.gov.my) di pautan https://www.mara.gov.my/permohonan-insentif-moratorium-penangguhan/

Usahawan yang beroperasi di premis perniagaan MARA yang layak dan menepati syarat ditetapkan perlu mengemukakan permohonan untuk penjadualan semula secara atas talian melalui Portal Rasmi MARA (www.mara.gov.my) di pautan https://www.mara.gov.my/permohonan-insentif-moratorium-penangguhan/

Berikutan pemanjangan tempoh Perintah Kawalan Pergerakan dan perkembangan terkini isu COVID-19, MARA menambah baik insentif penangguhan bayaran balik pinjaman pelajaran yang telah diumumkan sebelum ini atas dasar prihatin kepada semua.

Pelanggan MARA layak mendapat penangguhan bayaran balik pinjaman pelajaran MARA secara automatik tanpa perlu membuat permohonan dengan syarat tidak mempunyai tunggakan bayaran balik melebihi tiga bulan.

Jika anda tidak memenuhi syarat yang ditetapkan, anda masih layak. Segera selesaikan tunggakan dan kami akan pastikan anda mendapat penangguhan bayaran.

Maklumat lanjut sila hubungi MARA Call Centre di talian 03-2613 2000 atau layari www.mara.gov.my

Pemanjangan Tempoh Pelawaan, Taklimat Serta Tarikh Tutup Bagi Tender Dan Sebut Harga MARA

Sepertimana pihak tuan/puan sedia maklum, Kerajaan telah membuat keputusan untuk melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan di bawah Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 dan Akta Polis 1967 berkuat kuasa mulai 18 Mac 2020 hingga 31 Mac 2020 di seluruh negara. Perintah Kawalan Pergerakan ini meliputi penutupan sekolah Kerajaan, Institusi Pendidikan Tinggi serta premis Kerajaan kecuali yang melibatkan perkhidmatan penting kepada Negara. MARA sebagai salah sebuah Agensi Kerajaan adalah tertakluk kepada arahan Kerajaan tersebut.

 

Sehubungan dengan itu, terdapat beberapa perubahan urusan perolehan Tender dan Sebut Harga MARA seperti di butiran berikut:-

a) Tender Ibu Pejabat MARA 

* Tempat dan masa bagi Taklimat Tender adalah tidak berubah seperti Iklan asal.

b) Sebut Harga Ibu Pejabat MARA

c) Sebut Harga Pusat MARA

  • Bagi Sebut Harga yang dikeluarkan oleh Pusat MARA seperti Pejabat MARA Negeri (PMN), Institut Kemahiran MARA (IKM), Kolej Kemahiran Tinggi MARA (KKTM), Maktab Rendah Sains MARA (MRSM), Kolej MARA (KM), Kolej Profesional MARA (KPM) dan sebagainya, calon – calon penyebut harga boleh berhubung dengan Pusat MARA yang berkaitan untuk maklumat selanjutnya.

Susulan pengumuman Perintah Kawalan Pergerakan oleh YAB Perdana Menteri Malaysia bagi mengurangkan kes akibat ancaman wabak COVID-19, program Student Assessment Centre (SAC) yang dijadualkan pada 6 hingga 10 April 2020 telah DITANGGUHKAN ke satu tarikh baharu yang akan ditentukan kemudian. Mohon semua pelajar yang berkaitan menyemak portal MARA dari semasa ke semasa untuk pengumuman terkini.

PERMOHONAN PENAJAAN PROGRAM KHAS JPA MARA

Permohonan atas talian bagi Program Khas JPA MARA 2020 mula dibuka pada 9 Mac 2020 bermula jam 5.00 petang sehingga 18 Mac 2020, jam 5.00 petang.
>>> Maklumat Lanjut

>>> Permohonan online