Tarikh Tutup:  07 November 2020
>>>klik disini (Maklumat Pendaftaran Dalam Talian

Maklumat Berkaitan Tempoh Pelawaan, Taklimat Serta Tarikh Tutup Bagi Tender Dan Sebut Harga Di Ibu Pejabat MARA Berikutan Pelanjutan Tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat

>>> Selanjutnya

 

Bagi menyokong usaha MARA dalam menghalang penularan wabak pandermik COVID-19 di kalangan orang awam dan warga MARA khususnya, Bahagian Teknologi Maklumat (BTM) telah memutuskan untuk MEMBATALKAN TAKLIMAT TENDER 22/2020 – Cadangan Perolehan Komputer Riba Untuk Kegunaan Pejabat-Pejabat Pentadbiran MARA. 

TENDER 22/2020 tetap diteruskan.

Sekian.Terima kasih.

Notis Pembatalan Taklimat Tender 22/2020

Untuk makluman, aktiviti peningkatan ICT akan dilaksanakan di Pusat Data MARA.

Sehubungan itu, semua talian telefon di Ibu Pejabat MARA dan Perkhidmatan Online MARA (Kecuali Emel Rasmi MARA, Portal MARA, Sistem MyMRSM dan Sistem MARA EPS) akan tergendala bermula Rabu 21 Oktober 2020 (12.01 Tengah Malam) sehingga Ahad 25 Oktober 2020 (6.00 Petang)

>> Nombor Telefon Alternatif Untuk Dihubungi

Sepertimana pihak tuan/puan sedia maklum, Kerajaan telah membuat keputusan untuk melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) bagi Negeri Sabah (13 Oktober 2020 hingga 26 Oktober 2020), Selangor, Wilayah Persekutuan dan Putrajaya (14 Oktober 2020 hingga 27 Oktober 2020). Pusat MARA di Negeri Sabah, Selangor, Wilayah Persekutuan dan Putrajaya adalah tertakluk kepada arahan Kerajaan tersebut. Sehubungan dengan itu, terdapat beberapa perubahan urusan perolehan Tender dan Sebut Harga MARA yang melibatkan tarikh penjualan dokumen, taklimat/lawatan tapak dan tarikh tutup penghantaran dokumen seperti di butiran berikut:-

  1. Tender Ibu Pejabat MARA
  2. Sebut Harga Ibu Pejabat MARA
  3. Sebut Harga Pusat MARA
  • Bagi Sebut Harga yang dikeluarkan oleh Pusat MARA seperti Pejabat MARA Negeri (PMN), Institut Kemahiran MARA (IKM), Kolej Kemahiran Tinggi MARA (KKTM), Maktab Rendah Sains MARA (MRSM), Kolej MARA (KM), Kolej Profesional MARA (KPM) dan sebagainya bagi negeri – negeri yang terlibat dengan PKPB, calon – calon penyebut harga boleh berhubung dengan Pusat MARA yang berkaitan untuk maklumat selanjutnya.
>>> Klik disini (Garis Panduan Semakan Keputusan Permohonan & Rayuan)
Tarikh Tutup:  20 Oktober 2020