Skim Pembiayaan Pensijilan Perniagaan (CERT)
- Pembiayaan kepada usahawan dalam usaha ke arah pensijilan halal.
- Syarikat perniagaan yang berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) yang dipunyai oleh Bumiputera dari keturunan Melayu, Orang Asli atau Masyarakat Peribumi Sabah dan Sarawak atau yang diiktiraf mengikut ketetapan undang-undang;
- Warganegara Malaysia berumur 18 hingga 60 tahun pada tarikh permohonan;
- Perniagaan telah beroperasi tidak kurang dari enam (6) bulan secara sepenuh masa;
- Mempunyai daftar perniagaan yang sah daripada Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dan / atau lesen perniagaan daripada Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) bagi Sabah dan Sarawak;
- Mempunyai lesen / permit / surat kebenaran daripada Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan lain-lain lesen yang diperlukan mengikut jenis perniagaan atau perusahaan;
- Mempunyai premis perniagaan. Sekiranya premis perniagaan disewa, surat perjanjian penyewaan dengan pemilik premis yang sah adalah diperlukan. Penyewaan secara ‘sublet’ adalah tidak dibenarkan;
- Sumbangan modal sendiri atau modal berbayar tidak kurang sepuluh peratus (10%) daripada kos projek;
- Perniagaan patuh syariah; dan
- Bebas daripada Senarai Hitam MARA.
- Pengubahsuaian premis perniagaan;
- Pembelian Peralatan;
- Kos-kos lain yang berkaitan bagi mendapatkan pensijilan;
RM100,000.00
7 tahun @ 84 bulan
1. Gadaian Tanah
Gadaian Tanah (mengikut tafsiran Kanun Tanah Negara 1965). Nilai Jualan Paksaan (Force Sales Value) tanah hendaklah bernilai tidak kurang sepuluh peratus (10%) daripada jumlah pembiayaan; atau
2. Jaminan
Sekurang-kurangnya seorang penjamin berpendapatan tetap dan mempunyai pendapatan bulanan tidak kurang tiga peratus (3%) daripada jumlah pembiayaan; atau
3. Mana-mana gabungan perkara i dan ii; atau
4. Simpanan Tetap Berkonsep Islam (General Investment Account) yang berdasarkan sepuluh peratus (10%) daripada nilai pembiayaan;
5. Semua Ahli Lembaga Pengarah Syarikat Sendirian Berhad (Sdn. Bhd) diwajibkan menandatangani Surat Jaminan dan Tanggung Rugi (Jaminan Ahli Lembaga Pengarah).
4%
Paparan terbaik: Semua jenis pelayar yang terkini dengan paparan 1280 x 1024. Hakcipta Terpelihara 2019 © Majlis Amanah Rakyat (MARA)
Tarikh Kemaskini: 2 Disember 2024 pada 12:59:57
Ulasan Terkini