Skim Pembiayaan Perniagaan Bergerak (Mobile Business/Karavan)
Tujuan
- Menggalakkan penyertaan golongan belia untuk menjadi usahawan bergerak (mobilepreneur) khususnya dalam bidang perniagaan makanan foodtruck sejajar dengan perkembangan industri perniagaan masa kini
Syarat-Syarat Asas dan Khusus
Syarat-syarat Asas
- Warganegara dan Bumiputera
- Berumur 18-60 tahun
- Berpengalaman / berpengetahuan dalam bidang perniagaan yang diceburi
- Mempunyai Daftar Perniagaan yang sah (SSM)
- Mempunyai Lesen/Permit/Surat Kebenaran Pihak Berkuasa Tempatan (PBT)
- Menjalankan perniagaan sepenuh masa
- Perniagaan telah beroperasi tidak kurang dari enam (6) bulan
- Perniagaan patuh Syariah
- Bebas dari senarai hitam MARA
- Lulus ujian psikometrik (markah 55% ke atas)
Syarat-syarat Khusus
- Memiliki lesen memandu dan lesen Good Vehicle Driving License (GDL) yang sah dan belum tamat tempoh.
- Lokasi perniagaan mendapat kelulusan daripada pihak berkuasa Tempatan (PBT) atau pihak berkaitan.
- Mengemukakan sebutharga atau surat jual beli kontena/ kabin/ karavan/ trak (wang pembiayaan dibayar terus kepada pembekal)
- Umur bagi karavan terpakai tidak melebihi tiga (3) tahun dan jumlah pembiayaan tertakluk kepada penilaian daripada Jabatan Pengangkutan Jalan atau Jurutera Jentera JKR atau PUSPAKOM atau Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) yang berkaitan
Skop Pembiayaan
- Pembiayaan adalah 100% atas harga kontena / kabin dan karavan baru dan terpakai termasuk kos ubahsuai
- Pembiayaan tidak termasuk perbelanjaan pendaftaran, insuran dan cukai jalan
Had Pembiayaan
Milikan Tunggal / Perkongsian :
RM250,000.00
Syarikat Sdn. Bhd :
RM500,000.00
Tempoh Pembiayaan
1-10 tahun @ 12-120 bulan
Jaminan atau Cagaran
- Jaminan
Seorang penjamin atau lebih yang berpendapatan tetap bulanan tidak kurang 3% daripada jumlah yang dipohon.
Atau
- Cagaran
Cagaran tanah dengan Nilai Paksa (Forced Sale Value) sekurang- kurangnya 10% daripada jumlah yang dipohon.
Atau
- Gabungan kedua-duanya sekali
Atau
- Simpanan Tetap
Simpanan Tetap berkonsep Islam (General Investment Account) yang berdasarkan 10% dari nilai pembiayaan
- Pembiayaan kepada syarikat berstatus Sdn.Bhd memerlukan jaminan kesemua Ahli Lembaga Pengarah Syarikat
Kadar Keuntungan
4%
Terma dan Syarat | Dasar Privasi | Notis Privasi | Dasar Keselamatan | Penafian | Bantuan
Paparan terbaik: Semua jenis pelayar yang terkini dengan paparan 1280 x 1024. Hakcipta Terpelihara 2019 © Majlis Amanah Rakyat (MARA)
Paparan terbaik: Semua jenis pelayar yang terkini dengan paparan 1280 x 1024. Hakcipta Terpelihara 2019 © Majlis Amanah Rakyat (MARA)
Tarikh Kemaskini: 1 Disember 2023 pada 10:52:53