PEMBERITAHUAN DEFAULT

Maklumat Terkini Urusan Tender / Sebut Harga Ibu Pejabat MARA

Selaras dengan pengumuman Kerajaan berhubung pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) yang berkuat kuasa mulai 10 Jun 2020 hingga 31 Ogos 2020, semua urusan perolehan Tender dan Sebut Harga MARA yang terkesan sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) sebelum ini telah dijadualkan semula dan butiran pindaan adalah seperti berikut:-

a) Tender Ibu Pejabat MARA

  1.  Pelantikan Perkhidmatan Perunding Arkitek Bagi Cadangan Membina Dan Menyiapkan Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) Tanah Merah, Kelantan Darul Naim (Tender 3/2020).
  2. Pelantikan Perkhidmatan Perunding Kejuruteraan Awam & Kejuruteraan Struktur Bagi Cadangan Membina Dan Menyiapkan Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) Tanah Merah, Kelantan Darul Naim (Tender 4/2020).
  3. Pelantikan Perkhidmatan Perunding Kejuruteraan Mekanikal & Kejuruteraan Elektrikal Bagi Cadangan Membina Dan Menyiapkan Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) Tanah Merah, Kelantan Darul Naim (Tender 5/2020).
  4. Pelantikan Perkhidmatan Perunding Ukur Bahan Bagi Cadangan Membina Dan Menyiapkan Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) Tanah Merah, Kelantan Darul Naim (Tender 6/2020).
  5. Tender Kali Kedua Cadangan Membekal, Menghantar, Memasang, Merekabentuk, Membangun, Menguji, Melatih Dan Mentauliah Bagi Perkakasan, Perisian Dan Aplikasi MARA Total Campus Management System (MARA TCMS) (Tender 7/2020).
  6. Cadangan Membekal, Menghantar, Memasang, Menguji, Melatih Dan Mentauliah Peralatan Bagi Menaiktaraf Program Sijil Ke Peringkat Diploma Teknologi Baikpulih Badan Kenderaan Dan Semburan Cat Di Institut Kemahiran MARA (IKM) Kota Kinabalu, Sabah (Tender 8/2020).

JADUAL PINDAAN TENDER 3/2020 HINGGA TENDER 6/2020

Manakala merujuk kepada Soalan Lazim Kementerian Kewangan, Taklimat Tapak bagi Tender / Sebut Harga semasa tempoh PKPP adalah tidak diwajibkan dan boleh dilaksanakan melalui kaedah secara Slide dan FAQ. Oleh yang demikian, berikut adalah butiran bagi Tender 7/2020 dan Tender 8/2020 yang mempunyai Taklimat Tapak:-

JADUAL PINDAAN TENDER 7/2020 HINGGA TENDER 8/2020

* FAQ Bagi Tender 7/2020 (Klik Disini) manakala Slide Taklimat akan diemelkan oleh Urusetia Tender Kepada Petender yang membeli dokumen Tender 7/2020 sahaja.

**FAQ dan slide taklimat Tender 8/2020 adalah seperti yang dimuatnaik di Laman Web Sennego.

 

b) Sebut Harga Ibu Pejabat MARA

  1. Cadangan Perkhidmatan Kerja-Kerja Mencetak Dan Mengepos Surat-Surat Peringatan Untuk Bahagian Kawalan Kredit MARA Bagi Tempoh Setahun Sesi 2020/2021 (Sebut Harga 086/2020/08).

JADUAL PINDAAN SEBUT HARGA 086/2020/08