MAKLUMAN

PELANJUTAN TARIKH TUTUP BAGI TENDER CADANGAN KERJA-KERJA MENAIKTARAF SISTEM VOLTAN TINGGI DI INSTITUT KEMAHIRAN MARA (IKM) TAN SRI YAHYA AHMAD, PEKAN, PAHANG DARUL MAKMUR NO. TENDER : 30/2021

Dimaklumkan bahawa MARA telah membuat pindaan bagi Tender 30/2021 dan maklumat terkini berkaitan pindaan adalah seperti berikut:-

*Pihak syarikat boleh membuat penghantaran dokumen Tender ke KAUNTER TENDER, Tingkat 2 Ibu Pejabat MARA bermula pada jam 9.00 pagi hingga 3.00 petang (Isnin hingga Jumaat). Pihak syarikat adalah diminta/dinasihatkan untuk mendapatkan kebenaran pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi tujuan rentas Negeri/Daerah untuk penghantaran dokumen Tender tersebut. Sebagai alternatif, syarikat juga dibenarkan untuk menghantar dokumen tawaran Tender melalui pos berdaftar/kurier. Pihak syarikat hendaklah memastikan dokumen Tender tersebut selamat tiba pada alamat yang telah ditetapkan sebelum atau pada Tarikh Tutup Tender selewat-lewatnya pada pukul 12.00 tengah hari. Sebarang kelewatan yang timbul dalam urusan tersebut tidak akan dilayan. Dokumen Tender hendaklah dihantar ke alamat seperti berikut:-

PENGARAH
BAHAGIAN PENGURUSAN ASET & PEROLEHAN
TINGKAT 2 (KAUNTER TENDER) LOT 3.15, IBU PEJABAT MARA,
21, JALAN MARA, 50609 KUALA LUMPUR