PEMBERITAHUAN DEFAULT

Pemakluman Penangguhan Student Assessment Centre (SAC) Bagi Program Khas JPA MARA

Susulan pengumuman Perintah Kawalan Pergerakan oleh YAB Perdana Menteri Malaysia bagi mengurangkan kes akibat ancaman wabak COVID-19, program Student Assessment Centre (SAC) yang dijadualkan pada 6 hingga 10 April 2020 telah DITANGGUHKAN ke satu tarikh baharu yang akan ditentukan kemudian. Mohon semua pelajar yang berkaitan menyemak portal MARA dari semasa ke semasa untuk pengumuman terkini.