Produk WMM yang ditawarkan adalah terdiri daripada:
- Harta Alih
- Harta Alih adalah seperti wang tunai, unit amanah dan saham
- Bagi tujuan permulaan WMM, sumber dana tunai merupakan sumber utama wakaf.
- Harta Tidak Alih
- Harta tidak alih adalah harta seperti rumah, hartanah, bangunan, rumah kedai dan apa-apa harta tidak alih yang ingin dijadikan harta wakaf bagi pembangunan ummah.
- Hak mana-mana Harta Tidak Alih yang diwakafkan akan didaftarkan sebagai harta wakaf di bawah nama MAIWP menurut Seksyen 62 91 Akta Pentadbiran Undang-undang Islam (Wilayah-wilayah Persekutuan) 1993 Akta 505.
- Pengurusan harta tidak Alih tersebut akan dilaksanakan oleh pihak WMM tertakluk kepada perjanjian pengurusan harta wakaf yang dipersetujui antara WMM dan MAIWP.
- Harta Intelek
- Harta Intelek adalah seperti hak cipta terpelihara, Rekabentuk Industri, Tanda dagang paten, Petunjuk geografi (GI), reka bentuk susun atur litar bersepadu.
- Kepakaran
- Kepakaran adalah apa-apa kemahiran yang boleh diwakafkan untuk membangunkan masyarakat dan komuniti
Ulasan Terkini