KHIDMAT PELANGGAN
WAKAF MARA MADANI
Definisi
Dari sudut bahasa: Berhenti, menahan & menghalang.
Dari segi istilah: Wakaf ialah apa-apa harta yang ditahan hak pewakaf ke atas harta tersebut daripada
sebarang urusan jual beli, pewarisan, hibah dan wasiat disamping mengekalkan sumber fizikalnya,
untuk kebajikan dengan niat untuk mendekatkan diri pewakaf kepada Allah SWT
Dalil berkaitan wakaf
Wakaf MARA MADANI (WMM) merupakan satu platform yang diwujudkan untuk mengumpul dana wakaf daripada orang ramai dan menguruskannya secara professional dengan prinsip syariah. Dana WMM akan dikembangkan dan hasil pelaburan yang terkumpul akan diagihkan bagi tujuan Pendidikan, keusahawanan, kebajikan, pengangkutan, kesihatan dan aset wakaf .
MARA juga telah dilantik sebagai Mutawalli oleh pihak MAIWP yang akan bertindak untuk mengurus dan mentadbir dana wakaf, mengembangkan serta mengagihkan manfaat hasil dana wakaf.
MARA sebagai satu agensi kerajaan yang telah dilantik sebagai Mutawalli (penytadbir) oleh Majlis Agama Islam Wilayah persekutuan (MAIWP) pada 21 Ogos 2024 bertindak sebagai pentadbir WMM.
Jawatankuasa Pengurusan Bersama Wakaf MARA MADANI (JPBWMM) yang telah ditubuhkan bertanggungjawab untuk memastikan hala tuju WMM adalah bertepatan mengikut hukum syara’. Jawatankuasa Pengurusan Bersama turut berperanan untuk memberi pandangan dan nasihat dari sudut pelaksanaan dasr dan operasi WMM.
Dana Wakaf akan dikumpulkan di dalam satu tabung khas, dilaburkan dalam instrument patuh syariah yang dipersetujui oleh Jawatankuasa Pengurusan Bersama WMM dan akan disalurkan untuk tujuan:
Selain pahala berpanjangan, pewakaf juga akan menerima pengecualian cukai atas setiap sumbangan tunai, resit, sijil penghargaan dan laporan tahunan daripada MARA.
Tiada had minimun dan maksimun bagi sumbangan wakaf.
Terbuka kepada semua individu daripada pelbagai latar belakang agama, keturunan dan warganegara yang yang berumur 18 tahun ke atas dan bukan individu (Syarikat, perkongsian, milikan, persatuan, masyarakat, organisasi, koperasi, dan lain-lain).
Ya. Hukum berwakaf bagi orang bukan Islam adalah harus dan dibenarkan. Jumhur ulama’ telah bersepakat, bahawa orang bukan Islam juga boleh menerima manfaat wakaf yang diwakafkan oleh orang Islam.
Ya. Wakaf yang dilakukan boleh dihadiahkan pahalanya kepada orang yang masih hidup atau sudah meninggal dunia.
Ya,aset wakaf boleh dilaburkan samada melalui pelaburan secara langsung, atau perkongsian bersama antara pelbagai pewakaf dalam satu portfolio, atau melalui kaedah penerbitan saham wakaf,sebagai galakan untuk aktiviti wakaf dan merealisasikan perkongsian bersama tersebut.
Pelaburan mestilah pada sektor yang dibenarkan syarak, dan juga sesuai dengan jenis dan sifat aset wakaf tersebut, demi untuk mencapai maslahat wakaf, menjaga nilai asal aset wakaf, dan juga kemaslahatan penerima manfaat wakaf. (Akademi Fiqh Islam OIC (Majma’ Al-Fiqh Al-Islami) pada persidangannya yang ke-5 di Muscat, Oman, pada 6-11 Mac 2004).
Tidak. Dana yang telah diwakafkan tidak boleh dituntut kembali. Begitu juga dengan kedudukan harta wakaf yang telah dimanfaatkan dari dana ini adalah kekal sebagai hak Allah SWT, dengan demikian ianya tidak boleh dimiliki, dijual, dihadiahkan, diwarisi dan/atau dipusakai.
Pemilikan harta bagi Wakaf MARA MADANI (WMM) ini adalah dibawah pentadbiran MARA yang dilantik oleh Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP).
Ulasan Terkini