Apa itu MyHALAL MARA ?
MyHALAL MARA ialah inisiatif strategik Majlis Amanah Rakyat (MARA) untuk memperkukuh ekosistem keusahawanan halal di Malaysia.
Program ini menyediakan Persijilan Halal, Pembiayaan Ubahsuai Premis, Kemudahan Infrastruktur Premis, Khidmat Nasihat dan Bimbingan, Penyelia Latihan Halal kepada Industri serta akses pasaran bagi memastikan produk dan perkhidmatan usahawan bumiputera menepati standard halal, berkualiti tinggi dan berdaya saing di peringkat tempatan serta antarabangsa.
Antara perkhidmatan yang disediakan :
- Membantu Usahawan mendapatkan Pensijilan Halal yang diiktiraf.
- Kemudahan Pembiayaan Ubahsuai Premis dibawah Skim CERT.
- Menyediakan Kemudahan Infrastrutur Komersial/MHI Park.
- Khidmat Nasihat dari Eksekutif Halal & Audit Halal Dalaman.
- Menyediakan Program Eksekutif Halal & Audit Halal Dalaman yang diiktiraf JAKIM kepada Usahawan (Penyelia Latihan Halal) MARA.
- Penyelarasan Dokumensi Berkaitan Halal.
- Konsultansi serta Lawatan Tapak bagi tujuan Pra Audit Halal.
- Meningkatkan Kesedaran & Pematuhan kepada Standard Halal.
- Menyediakan Laluan Kemasukan ke Pasaran Hypermarket & Eksport.
















