SEKTOR KEUSAHAWANAN

BERKAITAN LATIHAN KEUSAHAWANAN.

Latihan Keusahawanan merupakan kursus-kursus berkaitan keusahawanan merangkumi aspek  spiritual, pengurusan perniagaan, pengurusan kewangan, pengurusan operasi, pemasaran serta teknologi maklumat dan komunikasi.

APA KELEBIHAN MENYERTAI LATIHAN KEUSAHAWANAN?

  • Modul latihan terkini yang menepati kehendak industri dan pasaran semasa
  • Pemudahcara yang berkelayakan dan berpengalaman terdiri daripada pakar industri, ahli akademik dan syarikat korporat
  • Mod pengajaran latihan berbentuk teori dan praktikal secara online dan offline.
  • Bimbingan dan khidmat nasihat secara berterusan daripada Pegawai MARA
  • Peluang mendapat kemudahan sokongan melalui ekosistem perniagaan yang disediakan oleh MARA

SIAPA YANG PERLU MENGIKUTI LATIHAN KEUSAHAWANAN ?

  • Orang perseorangan yang berminat untuk menceburi bidang keusahawanan
  • Usahawan sedia ada yang ingin meningkatkan keupayaan dan kapasiti diri sebagai seorang usahawan.

BAGAIMANA IA DILAKSANAKAN ?

Kursus ini dilaksanakan secara stand alone  atau secara berstruktur melibatkan beberapa modul dalam satu-satu siri latihan.