INFO MARA

PENGENALAN

Majlis Amanah Rakyat (MARA) ialah sebuah agensi di bawah kuasa Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah yang ditubuhkan pada1 Mac 1966, sebagai sebuah badan korporat berkanun tertakluk di bawah Akta Parlimen hasil daripada resolusi Kongres Ekonomi Bumiputera pertama pada tahun 1965.

Tanggungjawab utama Majlis adalah bagi memaju, menggalak, memudah serta melaksanakan pembangunan sosioekonomi dan kemasyarakatan khususnya di kawasan luar bandar.

VISI KORPORAT

Menjadi organisasi amanah yang unggul dan diberkati untuk mengangkat martabat bangsa.

MISI KORPORAT

Memacu penyertaan, pemilikan dan penguasaan bumiputera berteraskan pendidikan, keusahawanan dan pelaburan strategik.