MAKTAB RENDAH SAINS MARA(MRSM)
PENGENALAN
MRSM ditubuhkan selaras dengan matlamat dan keperluan negara untuk memberi kemudahan pelajaran pada peringkat menengah dalam bidang sains dan teknologi kepada pelajar-pelajar bumiputera yang pintar cerdas, mempunyai kebolehan akademik dan intelektual yang tinggi untuk mengembangkan potensi diri mereka.
Visi
Menjadikan MRSM sebagai pusat kecemerlangan pendidikan yang inovatif dan bertaraf dunia.
Misi
Melahirkan pelajar bumiputera yang berpotensi tinggi dalam bidang sains, teknologi, kejuruteraan dan matematik (STEM) serta mempunyai ciri-ciri keusahawanan.
PROGRAM SISTEM PENDIDIKAN MARA
Terdapat lima (5) program yang berteraskan sains, teknologi, kejuruteraan dan matematik (STEM) dilaksanakan di MRSM seperti berikut:

PEMBANGUNAN BAKAT DAN KOKURIKULUM
Program Pembangunan Bakat di MRSM merupakan sebahagian daripada kurikulum asas, kegiatan selain mata pelajaran yang diajarkan dalam bilik darjah. Program ini melibatkan aktiviti yang dijalankan di dalam dan di luar bilik darjah mengikut kesesuaian sesuatu aktiviti dalam penyediaan pelbagai pengetahuan dan pengalaman untuk perkembangan mental, minat, bakat, jasmani, rohani dan pembentukan nilai-nilai estetika serta sosial yang positif.

Pembangunan Bakat Pelajar di MRSM terbahagi kepada tiga elemen iaitu pembangunan teras, terbeza dan pengayaan. Setiap pelajar yang mempunyai latar belakang, personaliti, kemahiran dan bakat yang pelbagai akan diberi peluang yang sama rata dalam membina ketiga-tiga elemen ini. Justeru itu semua aktiviti dan program yang membina dan membangunkan bakat serta nilai yang baik dalam diri pelajar harus disusun dan dirancang demi kemenjadian pelajar dalam menghadapi arus kehidupan yang semakin mencabar.
LOKASI MRSM









Majlis Amanah Rakyat (MARA)
21, Jalan MARA
50609 Kuala Lumpur
MARA Hotline : 03-26132000
BILANGAN PELAWAT
Pelawat Hari Ini: [esi wpstatistics stat=visitors time=today]
Jumlah Pelawat: [esi wpstatistics stat=visitors time=total]
Jumlah Capaian: [esi wpstatistics stat=visits time=total]






