Peranan | Senarai Bidang Tugas dan Tanggungjawab CIO- Menyediakan Pelan Strategik Teknologi Maklumat agensi yang mengandungi perancangan penggunaan IT dalam menyokong pencapaian matlamat agensi.
- Memperkemaskan dan menyepadukan proses-proses yang cross functional antara jabatan bagi menghasilkan perkhidmatan yang lebih cekap dan berkesan.
- Membangun, mengendali dan mengurus sistem dan infrastruktur IT yang utuh dan selamat serta berdasarkan kepada ciri modular, connectivity, inter-operability dan portability.
- Menentu hala tuju sistem aplikasi agensi bagi mengurangkan masa dan kos pembangunan, penyelenggaraan dan pengoperasian.
- Memelihara integriti data elektronik, menggalak perkongsian maklumat dan menyediakan kaedah bagi penyebaran maklumat secara elektronik kepada pengguna-pengguna yang sah sama ada dalam atau luar agensi.
- Menganggotai Jawantankuasa Perancangan dan Pembangunan atau jawatankuasa utama yang menggubal dasar dan bertanggungjawab terus kepada Ketua Setiausaha atau ketua jabatan/agensi.
- Mempromosikan kegunaan IT yang berkesan dan seiringan untuk mencapai matlamat strategik agensi dan bertindak sebagai agen dan perintis perubahan (champion of change).
- Memimpin dan melibatkan agensi dalam usaha-usaha kerajaan untuk membangun dan melaksanakan projek IT sektor awam yang membawa perubahan dalam pengurusan dan pentadbiran Perkhidmatan Awam.
Manakala, peranan dan tanggungjawab CIO menurut Pelan Keselamatan Siber MARA adalah seperti berikut: PKSMARA – 020102 Ketua Pegawai Maklumat (CIO) Ketua Pegawai Maklumat (CIO) bagi MARA ialah Timbalan Ketua Pengarah (Khidmat Pengurusan) MARA. Peranan dan tanggungjawab CIO adalah seperti berikut: - Membantu Ketua Pengarah dalam melaksanakan tugas-tugas yang melibatkan keselamatan ICT.
- Menentukan keperluan keselamatan ICT.
- Menyelaras dan mengurus pelan latihan dan program kesedaran keselamatan ICT seperti penyediaan Pelan Keselamatan Siber MARA serta pengurusan risiko dan pengauditan.
- Bertanggungjawab ke atas perkara-perkara yang berkaitan dengan keselamatan ICT MARA.
|