๐—”๐—ฅ๐—ง๐—˜๐—ซ ๐— ๐—ฅ๐—ฆ๐—  ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฒ ๐—ง๐—ข๐—ก๐—๐—ข๐—Ÿ ๐—ž๐—˜๐—จ๐—ก๐—œ๐—ž๐—”๐—ก ๐—•๐—”๐—ž๐—”๐—ง ๐——๐—”๐—ก ๐—œ๐—ก๐—ข๐—ฉ๐—”๐—ฆ๐—œ ๐—ฆ๐—˜๐—ก๐—œ ๐—ฃ๐—˜๐—Ÿ๐—”๐—๐—”๐—ฅ

MARA

KUALA LUMPUR, 13 Februari 2026 โ€“ Majlis Amanah Rakyat MARA melalui Maktab Rendah Sains MARA telah menganjurkan Art and Talent Exhibition ARTEX MRSM 2026 bertempat di Ruang Legar Medan MARA sebagai platform mengetengahkan bakat seni dan kreativiti pelajar MRSM dari seluruh negara. Penganjuran ini selari dengan aspirasi MARA dalam melahirkan generasi seimbang yang cemerlang dalam bidang akademik serta kesenian.

Pameran yang berlangsung selama tiga hari ini menghimpunkan pelbagai karya kreatif merangkumi arca, batik, tekat, seramik, kaligrafi khat, karikatur, cat air dan quilling hasil sentuhan pelajar serta guru pembimbing. Sebanyak 11 reruai pameran disediakan melibatkan penyertaan MRSM terpilih di samping membuka ruang jualan karya kepada pengunjung sebagai usaha menyokong pembangunan bakat dan nilai keusahawanan seni.

Selain pameran dan jualan, program turut diisi dengan demonstrasi seni, sesi perkongsian visual sempena 60 Tahun MARA serta lawatan walkabout semalam oleh YBhg. Tan Sri Muhammad bin Ibrahim, Ahli Majlis MARA. Penganjuran ARTEX MRSM 2026 diharap menjadi medan apresiasi seni yang menyemai minat, memupuk kreativiti dan memperluas potensi pelajar selaras dengan agenda pembangunan modal insan MARA – Firus