πππ¦π§ππ©ππ ππ‘π’π©ππ¦π π¨π‘πππ π£πππ¨ ππππ ππ₯πππ§ππ ππ ππ₯ππ ππ π£ππ ππ‘ππ¨π¦π§π₯π
KUALA LUMPUR, 6 Februari 2026 β Majlis Perasmian UniKL Innovation Festival 2026 telah disempurnakan oleh Timbalan Ketua Pengarah MARA, Encik Zahari bin Aziz, semalam di Dewan Kuliah Bestari, UniKL Kampus Kota. Festival inovasi perdana ini menghimpunkan penyertaan mahasiswa dan pascasiswazah Universiti Kuala Lumpur dalam mempamerkan hasil penyelidikan, inovasi serta idea keusahawanan dalam satu platform bersepadu.
Penganjuran INNOFest 2026 menggabungkan tiga komponen utama iaitu INNOGEN 2026, BIZPORA 2026 dan ScholarX 2026 yang merangkumi pameran produk inovasi, pembentangan idea perniagaan serta komunikasi penyelidikan. Inisiatif ini menjadi medan strategik dalam mengetengahkan penyelesaian inovatif merangkumi bidang teknologi dan kejuruteraan, kesihatan dan bioperubatan, inovasi lestari serta inovasi sosial selari dengan agenda pembangunan negara.
Selain pameran dan pertandingan, festival ini turut membuka ruang kepada pengkomersialan hasil penyelidikan melalui pembudayaan keusahawanan dan sokongan rakan industri serta agensi berkaitan harta intelek. Penganjuran program ini juga bersempena sambutan enam dekad penubuhan MARA yang terus komited melahirkan bakat berdaya saing serta menyumbang kepada pembangunan inovasi negara.



