𝗠𝗔𝗥𝗔 𝗣𝗘𝗥𝗛𝗘𝗕𝗔𝗧 𝗨𝗦𝗔𝗛𝗔𝗪𝗔𝗡 𝗪𝗔𝗡𝗜𝗧𝗔 𝗠𝗘𝗟𝗔𝗟𝗨𝗜 𝗣𝗣𝗪𝗠 𝗧𝗔𝗡𝗝𝗨𝗡𝗚 𝗠𝗔𝗟𝗜𝗠
Tanjung Malim, 20 Disember 2025 – Program Pemerkasaan Wanita MARA Tanjung Malim 2025 telah berlangsung dengan jayanya di Dewan Semai Bakti FELDA Sungai Behrang, Slim River, Perak dan dirasmikan oleh YB Senator Datuk Rosni binti Sohar, Ahli Dewan Negara merangkap Ahli Majlis MARA hari ini.
Program ini menzahirkan komitmen MARA dalam memperkasa usahawan wanita melalui ekosistem keusahawanan yang menyeluruh merangkumi latihan, pembiayaan dan sokongan pembangunan perniagaan. Pada tahun 2025, MARA Negeri Perak telah menyalurkan bantuan pembiayaan dan geran berjumlah RM26 juta kepada 1,111 usahawan, termasuk skim khas usahawan wanita DANAnita.
Penganjuran program ini turut menjadi platform penyampaian maklumat berkaitan inisiatif keusahawanan MARA serta meningkatkan kesedaran terhadap kepentingan pendigitalan, inovasi dan pembangunan modal insan dalam kalangan usahawan wanita, selaras aspirasi Malaysia MADANI.



