𝗠𝗔𝗥𝗔 𝗞𝗢𝗠𝗜𝗧𝗘𝗗 𝗣𝗘𝗥𝗞𝗔𝗦𝗔 𝗣𝗘𝗥𝗧𝗨𝗠𝗕𝗨𝗛𝗔𝗡 𝗘𝗞𝗢𝗡𝗢𝗠𝗜 𝗠𝗘𝗟𝗔𝗟𝗨𝗜 𝗣𝗘𝗠𝗕𝗔𝗡𝗚𝗨𝗡𝗔𝗡 𝗣𝗥𝗢𝗝𝗘𝗞 𝗧𝗛𝗘 𝗘𝗠𝗜𝗡𝗘𝗡𝗖𝗘, 𝗦𝗜𝗚𝗡𝗔𝗟 𝗛𝗜𝗟𝗟
Kota Kinabalu, 2 Januari 2026 – Pembangunan Projek The Eminence dijangka menjadi pemangkin kepada pertumbuhan ekonomi setempat melalui penciptaan peluang perniagaan, peningkatan nilai hartanah serta pengukuhan ekosistem keusahawanan, selaras dengan aspirasi MARA dalam melaksanakan pembangunan strategik dan berimpak tinggi di Negeri Sabah.
Matlamat ini dizahirkan oleh MARA Negeri Sabah melalui lawatan kerja Tan Sri Muhammad bin Ibrahim, Ahli Majlis MARA, berhubung pelaksanaan dan hala tuju Projek The Eminence di Signal Hill, Kota Kinabalu hari ini.



