๐ ๐๐ฅ๐ ๐ฃ๐๐ฅ๐๐๐ ๐๐ฆ ๐๐๐๐ ๐ง๐จ๐๐จ ๐ฃ๐ฅ๐ข๐๐ฅ๐๐ ๐๐๐๐ง๐๐๐ข๐จ๐ก๐ ๐ฎ๐ฌ๐ฎ๐ฒ ๐ ๐๐๐๐๐จ๐ ๐ฆ๐๐ฆ๐ ๐ง๐ข๐ช๐ก ๐๐๐๐ ๐๐๐ฅ๐ฆ๐๐ ๐ ๐๐๐จ ๐๐๐ฃ๐ ๐๐๐ก ๐ฃ๐๐๐๐๐๐ฅ
SEREMBAN, 13 Januari 2026 โ Majlis Amanah Rakyat MARA telah menganjurkan Sesi Town Hall Ahli Majlis MARA bersama ibu bapa dan pelajar Program Elitebound A Level Fast Track dan International Baccalaureate Special Track 2026 yang berlangsung di Kolej MARA Seremban hari ini. Program ini menghimpunkan pelajar terpilih serta ibu bapa daripada Kolej MARA Seremban dan Kolej MARA Banting sebagai platform penerangan menyeluruh berkaitan struktur, objektif serta hala tuju program akademik berprestij MARA.
Sesi town hall ini telah disempurnakan oleh YBhg. Prof. Tan Sri Datoโ Seri Dr. Noor Azlan bin Ghazali, Ahli Majlis MARA, yang berkongsi penjelasan berkaitan dasar pendidikan MARA, pembiayaan pengajian serta pengurusan akademik pelajar. Program ini turut menjadi medium komunikasi dua hala bagi menjawab persoalan ibu bapa di samping menyampaikan mesej motivasi dan panduan perancangan kerjaya kepada pelajar agar lebih bersedia menghadapi cabaran akademik dan masa hadapan.



