๐ ๐๐ฅ๐ ๐๐๐ฅ๐๐ฆ ๐๐๐๐ ๐ง๐จ๐๐จ ๐๐๐ ๐ ๐ง๐๐๐จ๐ก, ๐ง๐จ๐ ๐ฃ๐จ ๐๐ ๐ฃ๐๐ ๐๐๐ฃ๐๐๐ ๐๐จ๐ ๐๐ฃ๐จ๐ง๐๐ฅ๐
KUALA LUMPUR, 19 Januari 2026 – Pendekatan baharu MARA bagi tempoh lima tahun akan datang dijangka memberi kesan langsung kepada keupayaan Bumiputera untuk meningkatkan penyertaan, pemilikan dan penguasaan dalam ekonomi negara, selari dengan keperluan semasa dan cabaran masa hadapan.
Pengerusi MARA, Datuk Wira Dr. Asyraf Wajdi Datoโ Dusuki berkata MARA kini menilai kejayaan berdasarkan outcome dan bukan sekadar pelaksanaan program.
โKita mesti bergerak daripada output kepada outcome supaya kesannya benar-benar dirasai oleh rakyat dan pemegang taruh,โ katanya.
Beliau berkata demikian dalam Majlis Amanat Pengerusi MARA 2026 yang berlangsung di Hotel Premiera Kuala Lumpur hari ini, sambil mengimbas sejarah penubuhan MARA yang bermula daripada RIDA sebelum dijenamakan semula hasil aspirasi Bekas Perdana Menteri Malaysia, Allahyarham Tun Abdul Razak melalui resolusi Kongres Ekonomi Bumiputera Pertama.
Menurut beliau, sepanjang enam dekad penubuhannya, MARA telah membantu lebih 1.7 juta pelajar Bumiputera dalam bidang pendidikan serta menyokong 1.3 juta usahawan, termasuk melalui rangkaian 345 institusi pendidikan di seluruh negara.
Namun, beliau menegaskan cabaran pemilikan korporat Bumiputera masih ketara apabila hanya 62 syarikat Bumiputera menguasai penyenaraian di Bursa Malaysia.
โAngka ini menuntut pendekatan yang lebih berfokus dan berimpak,โ katanya.
Dalam pada itu beliau berkata MARA sedang meneliti penggubalan Akta MARA yang dijangka dimuktamadkan tahun ini bagi memastikan peranan MARA kekal relevan, sejajar dengan realiti hampir 80 peratus Bumiputera kini menetap di kawasan bandar.



