๐—ž๐—˜๐—ง๐—จ๐—” ๐—ฃ๐—˜๐—ก๐—š๐—”๐—ฅ๐—”๐—› ๐— ๐—”๐—ฅ๐—” ๐—š๐—”๐—ฅ๐—œ๐—ฆ ๐—Ÿ๐—œ๐— ๐—” ๐—ง๐—˜๐—ž๐—”๐—— ๐—•๐—”๐—š๐—œ ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฒ

KUALA LUMPUR, 19 Januari 2026 – Keutamaan MARA pada tahun 2026 adalah untuk memastikan pelaksanaan yang pantas dan berfokus kepada hasil yang memberi manfaat langsung kepada rakyat serta pemegang taruh, selari dengan peranan agensi itu dalam agenda pembangunan Bumiputera.

Ketua Pengarah MARA, Datoโ€™ Zulfikri Osman berkata lima tekad utama telah digariskan sebagai komitmen seluruh warga MARA bagi menjayakan hala tuju tersebut.

โ€œTahun 2026 menuntut kita bergerak lebih pantas, mempermudah urusan pelanggan dan memastikan setiap pelaksanaan memberi hasil yang jelas,โ€ katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan Amanat Ketua Pengarah MARA 2026 yang berlangsung hari ini di Hotel Premiera Kuala Lumpur, melibatkan kehadiran warga MARA dari seluruh negara termasuk wakil syarikat subsidiari MARA.

Menurut beliau, lima tekad tersebut merangkumi usaha mempercepatkan pelaksanaan strategi dan inisiatif termasuk pematuhan perancangan perolehan, mempermudahkan urusan pelanggan, mengadaptasi pendekatan bottom-up dengan memastikan suara warga kerja di semua peringkat didengari, meningkatkan dana Wakaf MARA MADANI (WMM), serta memperkasa kesejahteraan warga kerja termasuk pembangunan bakat muda dan kepimpinan wanita.

Beliau berkata pelaksanaan tekad itu akan dipandu oleh Pelan Strategik MARA (PSM) 2026โ€“2030 yang menjadi rujukan utama warga kerja MARA bagi tempoh lima tahun akan datang, berpaksikan tujuh asas utama merangkumi data, pengurusan bakat, program berimpak tinggi, captive market, monetisasi aset, kerangka ESG serta penyelidikan dan pembangunan.

Beliau turut memaklumkan tahun 2026 ditetapkan sebagai tahun fast execution and impactful result, sejajar dengan peruntukan belanjawan MARA berjumlah RM5.5 bilion, melibatkan RM4.3 bilion dana kerajaan dan RM1.2 bilion dana dalaman.

โ€œSasaran pendapatan MARA Corporation bagi 2026 ditetapkan sebanyak RM1.3 bilion dengan sasaran dividen empat peratus kepada MARA,โ€ katanya.

Mengimbas pencapaian 2025, beliau berkata tahun tersebut merupakan tahun pembuktian kepada pelaksanaan RMK Ke-12 apabila amanah yang dititipkan kerajaan berjaya dilaksanakan hasil kesepaduan sektor pendidikan, keusahawanan, kewangan korporat dan khidmat pengurusan.

Majlis yang berlangsung petang tadi turut menyaksikan perasmian aplikasi baru dari Wakaf MARA Madani, MARA Education Sponsorship Dashboard (MESP) serta sumbangan kepada mereka yang berjaya mengharumkan nama MARA dalam Sukan SEA Thailand pada 2025 baru – baru ini.