𝟭𝟮 𝗨𝗦𝗔𝗛𝗔𝗪𝗔𝗡 𝗠𝗔𝗥𝗔 𝗗𝗜𝗜𝗞𝗧𝗜𝗥𝗔𝗙 𝗠𝗘𝗟𝗔𝗟𝗨𝗜 𝗔𝗨𝗥𝗔 𝟮𝟬𝟮𝟰–𝟮𝟬𝟮𝟱 𝗡𝗘𝗚𝗘𝗥𝗜 𝗦𝗔𝗥𝗔𝗪𝗔𝗞
SARAWAK, 20 DISEMBER 2025 – Seramai 12 usahawan muncul sebagai penerima Anugerah Usahawan MARA (AURA) Peringkat Negeri Sarawak 2024–2025, selepas menewaskan 53 penyertaan lain yang bersaing merentasi pelbagai sektor dan kategori di Hotel Pullman Kuching, semalam.
Pencalonan kali ini melibatkan 103 individu yang menunjukkan prestasi terbaik di bawah bimbingan Sektor Keusahawanan MARA.
Sebanyak 12 kategori utama dipertandingkan, antaranya Usahawan Industri Gaya Hidup, Automotif, Perkhidmatan, Pembinaan, Makanan & Minuman, Program Khas Usahawan, Inspirasi Wanita, TVET, Lepasan IPMA, Jenama Terbaik, Anugerah Tokoh Usahawan MARA, dan Anugerah Usahawan Ikon Wakaf MARA.
Anugerah Tokoh Usahawan MARA menjadi tumpuan apabila DAUD BIN MOHAMED DARI MAYSVILLE SDN BHD diumumkan sebagai penerima, hasil kejayaan beliau membina perniagaan dalam bidang INDUSTRI TVET serta memperluas pengaruh jenama ke pasaran antarabangsa.



