๐ ๐๐ฅ๐ ๐ ๐๐ก๐ฌ๐๐ ๐๐ ๐๐๐ ๐จ ๐ ๐๐ ๐๐๐ก๐ ๐ ๐๐ฆ๐ ๐๐๐ฃ๐๐ก ๐๐๐ฅ๐ฆ๐๐ ๐ ๐ณ,๐ฌ๐ฎ๐ฑ ๐๐ฅ๐๐๐จ๐๐ก ๐๐ฃ๐ง๐
KUALA LUMPUR, 20 Disember 2025 โ Seramai 7,025 graduan Kolej Poly-Tech MARA (KPTM) diraikan sempena Majlis Konvokesyen KPTM Ke-41 yang berlangsung di World Trade Centre (WTC), Kuala Lumpur, dari 20 hingga 23 Disember 2025. Majlis konvokesyen tahunan ini meraikan graduan pelbagai peringkat pengajian merangkumi Diploma, Ijazah Sarjana Muda, Pengajian Profesional, Sarjana dan Doktor Falsafah (PhD). Sidang Pertama Majlis Konvokesyen KPTM Ke-41 telah disempurnakan oleh YBhg. Datoโ Abdul Kahar bin Abdullah, Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar) Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW).
Daripada jumlah keseluruhan graduan yang diraikan, seramai 925 graduan menerima anugerah khas termasuk Anugerah Platinum, Anugerah Pingat Emas, Anugerah Khas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO), Anugerah Khas Pengerusi KPTM serta Student of the Year Award bagi program Bachelor of Arts in Accounting and Finance. Prestasi kebolehpasaran graduan KPTM turut mencatat pencapaian yang memberangsangkan apabila 94 peratus graduan berjaya memperoleh pekerjaan dalam tempoh enam bulan selepas tamat pengajian, termasuk graduan yang melanjutkan pengajian, berdasarkan Kajian Pengesanan Graduan Kementerian Pengajian Tinggi 2024.
Dalam ucapannya,Datoโ Abdul Kahar turut menzahirkan keyakinan bahawa graduan KPTM merupakan aset strategik negara yang berupaya menyumbang secara signifikan kepada pembangunan masyarakat dan ekonomi, sejajar dengan komitmen MARA dalam melahirkan modal insan berpengetahuan, berkemahiran dan berintegriti. KPTM merupakan institusi pendidikan milik penuh MARA Corporation Sdn. Bhd. (MARA Corp) yang menawarkan lebih 50 program pengajian dari peringkat asasi hingga pengajian profesional, dengan operasi di tujuh cawangan di seluruh negara merangkumi bidang strategik seperti perniagaan, perakaunan, teknologi maklumat, kejuruteraan dan sains sosial.
Penganjuran majlis ini mencerminkan komitmen berterusan KPTM dalam melahirkan graduan berkualiti, berdaya saing serta bersedia menyumbang kepada pembangunan sosioekonomi negara.



