𝗪𝗢𝗥𝗟𝗗𝗦𝗞𝗜𝗟𝗟𝗦 𝗔𝗦𝗜𝗔 𝟮𝟬𝟮𝟱 𝗦𝗔𝗞𝗦𝗜𝗞𝗔𝗡 𝗞𝗘𝗨𝗡𝗚𝗚𝗨𝗟𝗔𝗡 𝗧𝗩𝗘𝗧 𝗠𝗔𝗥𝗔 𝗧𝗔𝗜𝗣𝗘𝗜

Malaysia sekali lagi mencipta detik bermakna apabila peserta TVET negara menunjukkan prestasi membanggakan di WorldSkills Asia Taipei 2025. Pencapaian ini menjadi bukti bahawa pelajar institusi pendidikan MARA memiliki kemahiran bertaraf antarabangsa serta berupaya bersaing hebat di pentas Asia.

Pengibaran Jalur Gemilang di podium kemenangan bukan sahaja membanggakan para peserta, malah turut melambangkan kecemerlangan warga TVET negara secara keseluruhan.

MARA merakamkan penghargaan dan ucapan tahniah kepada semua peserta atas dedikasi, disiplin serta usaha gigih yang diterjemahkan kepada pencapaian gemilang.

PINGAT EMAS
1. Digital Construction – Muhamad Nashrul Bin Zulkifli, Kolej Kemahiran Tinggi MARA Sri Gading
2. Fashion Technology – Nadratulliyana Binti Ab Malek, GIATMARA Simpang Ampat

PINGAT PERAK
1. Electrical Installations – Muhammad Haziq Bin Lailla Zamri, Institut Kemahiran MARA Johor Bahru
2. Electronics – Amirul Sharif Bin Sharifudin, MARA-Japan Industrial Institute
3. Cabinet Making – Khairul Idham Bin Bahari, Institut Kemahiran MARA Lumut

PINGAT GANGSA
1. Welding – Muhammad Haris Irfan Bin Abdul Halid, GIATMARA Kepala Batas
2. Carpainting – Haziq Syahmi Bin Nazri, Institut Kemahiran MARA Lumut

MEDALLION FOR EXCELLENCE
1. Mechanical Engineering CAD – Muhammad Huzairy Bin Mohamad Thes, Universiti Kuala Lumpur – Malaysia France Institute

MARA mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada semua peserta daripada institusi MARA yang telah mengharumkan nama negara di persada antarabangsa. Semoga kejayaan ini terus menjadi pemangkin kepada kecemerlangan TVET Malaysia dan inspirasi kepada generasi muda untuk terus maju dalam bidang kemahiran.