𝗠𝗘𝗟𝗔𝗛𝗜𝗥𝗞𝗔𝗡 𝗚𝗘𝗡𝗠𝗔𝗥𝗔 𝗕𝗘𝗥𝗗𝗔𝗬𝗔 𝗦𝗔𝗜𝗡𝗚: 𝗠𝗥𝗦𝗠 𝗠𝗨𝗔𝗥 𝗥𝗔𝗜𝗞𝗔𝗡 𝟭𝟭𝟵 𝗚𝗥𝗔𝗗𝗨𝗔𝗡 𝗖𝗘𝗠𝗘𝗥𝗟𝗔𝗡𝗚

MUAR, 18 Disember 2025 – Seramai 119 pelajar Tingkatan 5 Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) Muar, warga GenMARA, diraikan dalam Majlis Graduasi MRSM Muar Kali Ke-39 yang disempurnakan oleh YBhg. Tan Sri Shamsul Azri bin Abu Bakar, Ketua Setiausaha Negara. Beliau turut menyampaikan ucapan perasmian serta pengisytiharan graduasi kepada pelajar Batch Genofex SPM 2025.

Majlis tersebut menyaksikan penyampaian pelbagai anugerah kecemerlangan meliputi akademik, kepimpinan dan kokurikulum, antaranya Sijil Anugerah Penghormatan Pengetua, Anugerah Subjek Terbaik, Anugerah Straight A, Anugerah STEM Terbaik, Anugerah PNG 4.00, Anugerah Akademik, Kokurikulum Terbaik serta Anugerah Emas Tokoh Pelajar.

Dalam ucapannya, Tan Sri Shamsul Azri menegaskan bahawa majlis graduasi merupakan simbol kejayaan dan usaha berterusan dalam melahirkan GenMARA sebagai modal insan berkualiti untuk agama, bangsa dan negara. Beliau turut menyatakan sokongan terhadap pelaksanaan Program Transformasi MRSM Muar 2025–2027 bagi memastikan MRSM Muar terus relevan dan berdaya saing di peringkat nasional serta antarabangsa. Majlis ini mencerminkan komitmen berterusan MARA dalam memperkasa pendidikan sains dan teknologi serta melahirkan generasi pemimpin masa hadapan yang berilmu, berintegriti dan berdaya saing.