๐ ๐ข๐๐๐ ๐ฎ๐ฌ๐ฎ๐ฒ ๐ง๐๐ฅ๐๐๐ ๐๐ ๐๐๐ฃ๐๐ฅ๐๐๐ฌ๐๐๐ก ๐ ๐๐ฅ๐โ๐ข๐๐ฆ๐๐ ๐๐ ๐๐ฅ๐๐ ๐๐๐ฅ๐๐๐ฆ๐๐ ๐ ๐๐๐ข๐ก๐ข๐ ๐ ๐๐๐ข๐๐๐ ๐๐๐ฅ๐๐ ๐ฃ๐๐ ๐ง๐๐ก๐๐๐
Langkawi, 11 Februari 2026 โ Hubungan ekonomi dan kerjasama strategik antara Majlis Amanah Rakyat (MARA) dan OISCA International terus memberi impak nyata kepada pembangunan modal insan dan perniagaan menerusi pendekatan berteraskan kepercayaan jangka panjang serta kelestarian hasil.
Ketua Pengarah MARA, Datoโ Zulfikri Osman berkata, kerjasama yang dibina sejak puluhan tahun itu bukan sekadar hubungan institusi, sebaliknya telah diterjemahkan kepada hasil yang boleh diukur melalui pelaksanaan program latihan, penempatan kerja dan pembangunan keusahawanan.
โKerjasama antara MARA dan OISCA merupakan contoh jelas bagaimana kepercayaan yang dibina sejak puluhan tahun dapat diterjemahkan kepada hasil yang nyata dan mampan,โ katanya ketika menyampaikan ucapan keynote sempena 7th MARAโOISCA International Business Forum (MOIBF) 2026 pagi ini.
Menurut beliau, antara teras utama kerjasama MARAโOISCA ialah pembangunan pendidikan dan kemahiran melalui Program Perantisan di Jepun yang telah memberi manfaat kepada 1,514 peserta sejak 1967, melibatkan latihan industri selama tiga hingga lima tahun di syarikat Jepun merentasi pelbagai sektor teknikal. Program ini disokong oleh latihan bahasa dan budaya Jepun yang telah melibatkan seramai 10,020 peserta sebagai persediaan kepada penempatan industri.
Kerjasama ini turut merangkumi latihan industri berkemahiran, penempatan kerja melalui Skim Specified Skilled Worker (SSW), serta program pembangunan belia peringkat Asia Pasifik yang memberi penekanan kepada kepimpinan dan kefahaman rentas budaya.
Dalam aspek pembangunan perniagaan, MOIBF menjadi platform utama MARAโOISCA dengan penglibatan 1,917 peserta sejak penganjurannya, selain pelaksanaan latihan keusahawanan belia dan inisiatif perundingan Halal yang menyokong akses pasaran dan pembangunan perusahaan secara bertanggungjawab.
Ketua Pengarah MARA turut menegaskan bahawa semua inisiatif kerjasama ini berpaksikan kepercayaan dan kelestarian sebagai asas kepada pembangunan ekonomi jangka panjang. Pendekatan tersebut selari dengan komitmen MARA untuk melahirkan bakat berkualiti, menyokong daya tahan perniagaan dan memastikan pembangunan ekonomi memberi manfaat berterusan kepada masyarakat.



