๐—ฃ๐—˜๐—ฅ๐—›๐—œ๐— ๐—ฃ๐—จ๐—ก๐—”๐—ก ๐—š๐—˜๐—ก ๐—›๐—จ๐—™๐—™๐—”๐—ญ ๐— ๐—”๐—ฅ๐—” ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฒ ๐—ง๐—”๐—ก๐——๐—” ๐—ž๐—ข๐— ๐—œ๐—ง๐— ๐—˜๐—ก ๐—•๐—œ๐—ก๐—” ๐—•๐—”๐—ž๐—”๐—ง ๐— ๐—”๐—ฆ๐—” ๐——๐—˜๐—ฃ๐—”๐—ก

Huffaz

KUALA LUMPUR, 1 Mac 2026 โ€“ Perhimpunan Gen Huffaz Teknokrat MARA 2026 menghimpunkan 6,000 pelajar dan alumni daripada 344 Institusi Pendidikan MARA di seluruh negara sebagai manifestasi komitmen berterusan dalam membina bakat masa depan yang berteraskan al-Quran dan kompetensi profesional. Majlis yang dirasmikan oleh Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah, YAB Datoโ€™ Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi itu menjadi platform penyatuan generasi huffaz dalam mengangkat potensi diri seiring aspirasi pembangunan negara.

Perhimpunan ini bukan sekadar satu acara tahunan, sebaliknya menjadi simbol kebangkitan satu generasi baharu iaitu generasi huffaz yang menguasai teknologi dan generasi teknokrat yang berteraskan al-Quran. Pendekatan ini dizahirkan melalui penggabungjalinan tiga komponen utama iaitu Quranik, Ijtihadik dan Ensiklopedik sebagai asas pembentukan modal insan seimbang yang mampu memimpin perubahan dalam era ekonomi digital dan kecerdasan buatan.

Dalam majlis sama, pelaksanaan Industrial Boot Camp MARA diumumkan bagi menyasarkan 720 pelajar tahfiz mengikuti latihan kemahiran profesional dan teknikal dengan pensijilan diiktiraf industri serta jaminan kebolehpasaran. MARA turut memperluas ekosistem pendidikan huffaz secara bersepadu melalui laluan TVET Tahfiz, Program Profesional Huffaz serta kerjasama strategik bersama institusi latihan kemahiran bagi memastikan graduan tahfiz lebih relevan dengan keperluan pasaran kerja dan menyumbang kepada pembangunan bakat berkemahiran tinggi selaras agenda Malaysia MADANI.