๐—™๐—ข๐—ฅ๐—จ๐—  ๐—›๐—จ๐—™๐—™๐—”๐—ญ ๐— ๐—”๐—ฆ๐—” ๐——๐—˜๐—ฃ๐—”๐—ก: ๐—”๐—ก๐—ง๐—”๐—ฅ๐—” ๐—”๐—ž๐—”๐——๐—˜๐— ๐—œ๐—ž, ๐—ง๐—ฉ๐—˜๐—ง ๐——๐—”๐—ก ๐—ฃ๐—ฅ๐—ข๐—™๐—˜๐—ฆ๐—œ๐—ข๐—ก๐—”๐—Ÿ

mara

PAHANG, 20 Jun 2026 โ€“ Timbalan Ketua Pengarah MARA, Ir. Dr. Mahzan Teh telah dijemput sebagai panel dalam Forum Huffaz Masa Depan: Antara Akademik, TVET dan Profesional yang berlangsung di Dewan Utama Yayasan Pahang semalam.

Forum ini turut menampilkan Datoโ€™ Indera Mahmud bin Mohd Nawawi, Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Pahang dan Datoโ€™ Haji Maulana Che Wan Hilmi bin Wan Mohamed, Presiden Pertubuhan Ikatan Madrasah Pahang sebagai panel jemputan yang berkongsi pandangan mengenai pembangunan pendidikan huffaz dalam menghadapi cabaran dan peluang masa hadapan.

Dalam sesi forum, para panel turut menekankan kepentingan melahirkan modal insan yang bukan sahaja mempunyai kekuatan ilmu al-Quran, malah memiliki kompetensi akademik, kemahiran teknikal dan profesionalisme yang tinggi bagi memenuhi tuntutan masa depan.

Program ini diharapkan dapat menjadi platform yang memperkukuh kesedaran masyarakat terhadap kepentingan membangunkan generasi huffaz yang holistik, berdaya saing dan mampu menyumbang kepada kemajuan ummah serta negara melalui penguasaan akademik, kemahiran dan bidang profesional.

Oleh: hamli