๐๐๐ง๐ ๐๐๐ก๐ง๐ฅ๐ ๐๐๐๐๐๐ ๐ฌ ๐๐๐๐๐ ๐ ๐๐ก๐๐๐๐ ๐ฃ๐๐ ๐๐ก๐๐๐๐ก ๐๐๐๐๐ง ๐๐๐๐๐ง๐๐ ๐ ๐๐ฅ๐
KUALA LUMPUR, 24 Jun 2026 โ Ir. Dr. Mahzan bin Teh, Timbalan Ketua Pengarah MARA telah menghadiri pembentangan cadangan penubuhan Data Centre Academy oleh DayOne Data Centres bagi membincangkan potensi kerjasama strategik dalam pembangunan bakat berkemahiran tinggi untuk industri pusat data.
Perbincangan ini turut melibatkan Malaysia China Institute (MCI) dan TVETMARA Besut sebagai sebahagian daripada usaha MARA memperkukuh ekosistem pembangunan bakat TVET dalam bidang teknologi pusat data yang semakin berkembang di Malaysia.
Antara perkara yang dibentangkan termasuk cadangan pembangunan Data Centre Academy di TVETMARA Besut, Terengganu sebagai pusat latihan khusus bagi melahirkan tenaga kerja berkemahiran tinggi yang memenuhi keperluan industri pusat data.
Selain itu, projek perintis bagi program talent development berkaitan pusat data juga dicadangkan untuk dilaksanakan bermula Julai 2026. Program rintis ini akan melibatkan pelajar dan graduan TVETMARA di DayOne Tech Park, Kempas, Johor sebagai platform pendedahan awal kepada operasi sebenar industri pusat data.
Dalam sesi perbincangan tersebut, MARA turut mencadangkan penglibatan seramai 70 orang pelajar sebagai kumpulan awal bagi program perintis ini.
Tumpuan utama adalah untuk memastikan kebolehpasaran graduan yang tinggi serta membuka peluang kepada pelajar dan graduan TVETMARA memperoleh pendapatan serta gaji yang kompetitif dalam sektor pusat data yang sedang berkembang pesat di Malaysia.
Selain pembangunan tenaga kerja, kedua-dua pihak turut membincangkan strategi untuk melahirkan lebih ramai teknousahawan dan vendor Bumiputera dalam ekosistem pusat data.
Inisiatif ini dilihat berpotensi membuka peluang kepada usahawan tempatan untuk terlibat dalam rantaian bekalan industri pusat data melalui penyediaan perkhidmatan teknikal, penyelenggaraan, sokongan operasi, latihan serta penyelesaian teknologi berkaitan.
Inisiatif yang dicadangkan ini berpotensi membuka laluan baharu kepada pembangunan bakat TVET dalam bidang teknologi pusat data, sekali gus menyumbang kepada agenda transformasi digital, pembangunan bakat berkemahiran tinggi dan pertumbuhan ekonomi negara
Oleh: hamli



