FORUM II KUB2035: Memecah Dominasi, Meneraju Ekonomi Dan Wanita Sebagai Enjin Masa Depan

mara

ALOR SETAR, 27 Ogos 2026 – Gelombang baharu ekonomi negara kini bergerak pantas, dipacu oleh keberanian, kepantasan, serta daya cipta yang tinggi.

Landskap perniagaan tanah air menyaksikan satu anjakan paradigma di mana usahawan wanita Bumiputera tampil sebagai enjin penggerak utama yang bakal mencorakkan masa depan ekonomi negara. Mesej tegas ini digemakan menerusi Forum I| KUB 2035 bertajuk “Wanita Bumiputera: Kuasa Ekonomi Masa Depan”.

Sesi penuh impak ini dikendalikan oleh YBhg. Puan Wan Syahrina binti Wan Ab Rahman, Channel & Content Manager Bernama TV, bersama panelis tersohor tanah air iaitu YBhg. Dr. Sazlina binti Kamaralzaman, Pengasas Jom Makcik, YBhg. Dato’ Hazimah binti Zainuddin, Pengasas & Pengerusi Eksekutif Kumpulan Hyrax Oil Sdn. Bhd., YBhg. Puan Nurul A’in binti Abdul Latif, Pengerusi Eksekutif PwC Malaysia, dan YBng. Hajah Mazlina binti Kamarudin, Pengarah Urusan Bismi Empire San. Bhd.

Perbincangan tersebut menggariskan bahawa kelebihan unik wanita terletak pada kepimpinan berasaskan empati, ketahanan krisis yang utuh, serta keupayaan mencipta produk yang intuitif sebagai benteng mendepani kegawatan ekonomi. Bagi melonjakkan potensi ini, usahawan wanita perlu melangkah lebih agresif ke dalam sektor korporat, pembuatan bernilai tinggi, dan teknologi termaju untuk memberi sumbangan langsung kepada KDNK negara.

Pada masa yang sama, penyediaan ekosistem perniagaan yang mesra serta kebolehaksesan modal yang adil amat kritikal bagi membolehkan perniagaan milik wanita berkembang ke peringkat global. Wanita Bumiputera kini tidak lagi meminta simpati, sebaliknya bersedia untuk memimpin, berinovasi, dan menguasai pasaran

Oleh: shafiz hamzah