Skim Pembiayaan Galakan Eksport Bumiputera (GEB)

Tujuan
- Menyediakan kemudahan pembiayaan bagi membantu usahawan PKS Bumiputera yang berpotensi ke arah persediaan produk ke pasaran eksport/ antarabangsa.
- Skim ini adalah kerjasama antara MARA dan SME Corporation Malaysia
Syarat-Syarat Asas dan Khusus
Syarat-syarat Asas
- Syarikat Bumiputera berstatus Sdn. Bhd dan memiliki100% ekuiti syarikat
- Memenuhi definisi PKS seperti berikut:
- Sektor Pembuatan
- Jualan tahunan kurang daripada RM50 juta ATAU kurang daripada 200 pekerja sepenuh masa
- Sektor Perkhidmatan dan lain-lain
- Jualan tahunan kurang daripada RM20 juta ATAU kurang daripada 75 pekerja sepenuh masa
- Telah beroperasi sekurang -kurangnya tiga (3) tahun
- Beroperasi di premis yang sah
- Mendapat penarafan SCORE 3-bintang dan ke atas
- Mempunyai sijil / pensijilan yang diperlukan bagi urusniaga eksport.
- Produk / perkhidmatan buatan Malaysia (mempunyai sekurang-kurangnya 40% kandungan tempatan)
- Berumur 21-60 tahun bagi semua Ahli Lembaga Pengarah
- Status carian kredit syarikat adalah memuaskan berdasarkan laporan CCRIS/RAM/CTOS
- Perniagaan patuh Syariah
Skop Pembiayaan
- Modal Pusingan
- Pembelian Mesin dan Peralatan
- Installation & ICT Adoption
- Ubah suai Premis/Kilang
- Promosi dan Pengiklanan di Luar Negara
Had Pembiayaan
RM2,500,000.00
Tempoh Pembiayaan
10 tahun @ 120 bulan
Jaminan atau Cagaran
- Jaminan
Seorang penjamin atau lebih yang berpendapatan tetap bulanan tidak kurang 3% daripada jumlah yang dipohon.
Atau
- Cagaran
Cagaran tanah dengan Nilai Paksa (Forced Sale Value) sekurang- kurangnya 10% daripada jumlah yang dipohon.
Atau
- Simpanan Tetap
Simpanan tetap berkonsep Islam (General Investment Account) yang berdasarkan 10% dari nilai pembiayaan
Atau
- Gabungan ketiga-tiganya sekali
- Pembiayaan kepada syarikat berstatus Sdn.Bhd memerlukan jaminan kesemua Ahli Lembaga Pengarah Syarikat
Kadar Keuntungan
2% (Kadar Tetap)
e-PERKHIDMATAN
Aduan SISPAA
e-Baki
MARA EPS
MyEduloan
MyUsahawan
MyPremis
e-Potensi
Portal Alumni
Klinik Panel MARA

Majlis Amanah Rakyat (MARA)
21, Jalan MARA
50609 Kuala Lumpur
MARA Hotline : 03-26132000
BILANGAN PELAWAT
Pelawat Hari Ini: [esi wpstatistics stat=visitors time=today]
Jumlah Pelawat: [esi wpstatistics stat=visitors time=total]
Jumlah Capaian: [esi wpstatistics stat=visits time=total]