Apa itu MyHALAL MARA ?
MyHALAL MARA ialah inisiatif strategik Majlis Amanah Rakyat (MARA) untuk memperkukuh ekosistem keusahawanan halal di Malaysia.
Program ini menyediakan Persijilan Halal, Pembiayaan Ubahsuai Premis, Kemudahan Infrastruktur Premis, Khidmat Nasihat dan Bimbingan, Penyelia Latihan Halal kepada Industri serta akses pasaran bagi memastikan produk dan perkhidmatan usahawan bumiputera menepati standard halal, berkualiti tinggi dan berdaya saing di peringkat tempatan serta antarabangsa.






















