๐๐๐ฅ๐๐๐ฆ๐๐ ๐ ๐ ๐๐ฅ๐โ๐ข๐๐ฆ๐๐ ๐ฃ๐๐ฅ๐๐จ๐๐ฆ ๐ฃ๐๐๐จ๐๐ก๐ ๐จ๐ฆ๐๐๐๐ช๐๐ก ๐ง๐๐ ๐๐จ๐ฆ๐ ๐ฃ๐๐ฆ๐๐ฅ๐๐ก ๐๐๐ฃ๐จ๐ก
TOKYO, 11 Mac 2026 – Usahawan Majlis Amanah Rakyat (MARA) di Foodex Japan 2026 membuka peluang lebih luas kepada produk makanan tempatan menembusi pasaran Jepun melalui kerjasama strategik dengan organisasi antarabangsa, OISCA. Pertemuan ini juga merupakan susulan dari MARA-OISCA International Business Forum (MOIBIF) yang telah dilaksanakan baru-baru ini di Pulau Langkawi.
Kerjasama itu turut dipertingkatkan menerusi kunjungan hormat delegasi MARA yang diketuai Puan Mimi Mazlin Mohamed Yusof, Pengarah Bahagian Infrastruktur Komersial MARA kepada Etsuko Nakano, Presiden OISCA di sini. Dalam pertemuan itu, kedua-dua pihak membincangkan sokongan terhadap usahawan MARA serta memperluas jaringan pengedar bagi memantapkan penembusan produk tempatan ke pasaran Jepun.
Selain perdagangan, hubungan MARA dan OISCA merangkumi pembangunan modal insan melalui program pendidikan dan latihan. Ketika ini, seramai 30 pelajar MARAโOISCA sedang menjalani latihan kemahiran dan pembangunan kepakaran di Jepun. Antara kejayaan program ini ialah Khairul Anuar Idris, graduan Universiti Kuala Lumpur (UniKL), yang kini berkhidmat sebagai Jurutera Sistem di syarikat Yasashiite.
Delegasi MARA juga bertukar pandangan mengenai MOIBF 2026 di Langkawi, dengan cadangan penganjuran forum masa depan di Kuala Lumpur sempena ulang tahun ke-60 kerjasama MARAโOISCA pada 2027, melibatkan lebih ramai ahli OISCA dari seluruh dunia.
MARA komited memperluas kerjasama antarabangsa bagi memperkasa pembangunan usahawan, pendidikan serta ekonomi Bumiputera di peringkat global.
Oleh: shafiz hamzah



