๐ฃ๐ฅ๐ข๐๐จ๐ ๐ ๐๐๐๐ก๐๐ก ๐ง๐๐ ๐ฃ๐๐ง๐๐ก ๐ง๐๐ฅ๐๐ ๐ ๐๐ก๐๐ง ๐ฃ๐๐ก๐๐๐ ๐ฃ๐ข๐ฅ๐ง ๐๐๐ข๐๐๐ ๐๐ ๐๐ข๐ข๐๐๐ซ ๐๐๐ฃ๐๐ก ๐ฎ๐ฌ๐ฎ๐ฒ
TOKYO, 11 Mac 2026 – Penyertaan 10 usahawan program Gate To Global (GTG) Majlis Amanah Rakyat (MARA) di FOODEX Japan 2026 terus mencatat perkembangan memberangsangkan, menarik perhatian pengimport dari pelbagai negara.
Pameran makanan dan minuman antarabangsa ini menghimpunkan lebih 3,000 jenama dari 80 negara dengan lebih 72,000 pengunjung pra-berdaftar. Hanya pada hari pertama, lebih 17,000 pengunjung memenuhi ruang pameran.
Reruai usahawan MARA menerima kunjungan lebih 200 pengunjung dari 40 negara termasuk Jepun, Korea Selatan, Hong Kong, Taiwan, Poland, India dan Amerika Syarikat, yang berminat mendapatkan maklumat lanjut tentang produk tempatan.
Usahawan terus mencatat kejayaan kolaborasi komersial, antaranya Aducktive Sdn Bhd yang menjalin kerjasama jualan dengan M&M Tokyo, dengan potensi nilai jualan melebihi RM500,000 bagi tempoh tiga tahun. Ini menjadikan jumlah keseluruhan potensi jualan usahawan MARA setakat ini mencecah RM90 juta.
Sebanyak 80 SKU produk tempatan diperkenalkan termasuk snek, protein bar, makanan sejuk beku, serbuk minuman, kordial, lada hitam, serta pelbagai jenis kicap dan sos.
Penyertaan di FOODEX Japan 2026 membuktikan produk makanan tempatan bukan sahaja mampu menembusi pasaran global, malah berjaya menarik minat pengimport antarabangsa yang berminat meneroka peluang kerjasama strategik.
Oleh: shafiz hamzah



