๐ ๐๐ฅ๐ ๐ ๐๐ก๐ฌ๐๐ก๐ง๐จ๐ก๐ ๐ฃ๐๐๐๐๐๐ฅ ๐จ๐๐จ๐ก๐ ๐ง๐๐๐๐๐ก ๐ ๐๐ฅ๐ ๐๐ ๐๐จ๐ ๐ ๐ง๐๐๐๐๐๐ก๐
Bangkok, Thailand, 11 Mac โ Ir. Dr. Mahzan Teh, Timbalan Ketua Pengarah MARA telah mengadakan kunjungan ke atas Dr. Noor Hanani Ahmad Damanhuri yang kini sedang melanjutkan pengajian dalam bidang kepakaran Oral and Maxillofacial Radiology di Mahidol University, Thailand. Kunjungan tersebut diadakan sempena kehadiran beliau ke Bangkok bagi menghadiri 5th ASEAN TVET Council (ATC) Meeting 2026.
Dr. Noor Hanani merupakan satu-satunya pelajar Malaysia tajaan MARA yang mengikuti pengajian dalam bidang kepakaran tersebut di universiti berprestij berkenaan. Beliau menerima tajaan MARA bagi tempoh pengajian bermula Ogos 2024 hingga Julai 2026. Sesi diskusi yang berlangsung turut menyentuh usaha memperluas penyertaan pelajar Malaysia dalam bidang kepakaran kritikal ini pada masa hadapan.
Kepakaran yang sedang diterokai oleh Dr. Noor Hanani dijangka memberi sumbangan signifikan kepada sektor kesihatan negara. Pada masa yang sama, pengalaman serta ilmu yang diperoleh berpotensi dikongsi bersama ekosistem pendidikan MARA dalam melahirkan lebih ramai teknokrat berkemahiran tinggi pada masa hadapan.
Oleh: firusafira



