๐— ๐—”๐—ฅ๐—” ๐—ฃ๐—˜๐—ฅ๐—Ÿ๐—จ๐—”๐—ฆ ๐—ฃ๐—ฅ๐—ข๐—š๐—ฅ๐—”๐—  ๐—ฃ๐—ฟ๐—ผ๐—ฆ๐—ฃ๐—˜๐—–, ๐—ฆ๐—”๐—ฆ๐—”๐—ฅ ๐—Ÿ๐—˜๐—•๐—œ๐—› ๐Ÿญ๐Ÿฌ๐Ÿฌ ๐—จ๐—ฆ๐—”๐—›๐—”๐—ช๐—”๐—ก ๐—ฃ๐—”๐——๐—” ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฒ

mara

PETALING JAYA, 10 Mac โ€“ Majlis Amanah Rakyat (MARA) terus memperluas pelaksanaan Program Pembangunan Usahawan Profesional (ProSPEC) bagi membuka lebih banyak peluang kepada graduan dan profesional untuk memiliki perniagaan sendiri serta menyertai industri strategik.

Komitmen itu diterjemahkan menerusi sesi pengambilan dan pemilihan peserta ProSPEC bagi tahun 2026 yang berlangsung di Hotel Royale Chulan Damansara, Selangor.

Seramai 110 peserta terdiri daripada graduan dan usahawan profesional dari seluruh negara menyertai program ini, antaranya melibatkan doktor perubatan, doktor pergigian, ahli farmasi, akauntan serta doktor veterinar.

Peserta yang terpilih akan dibimbing di bawah ekosistem keusahawanan MARA bagi membantu mereka membangunkan perniagaan sendiri serta meneroka peluang dalam industri strategik.

Bagi tahun 2026, MARA mensasarkan lebih daripada 100 usahawan profesional untuk dilatih melalui program ini dengan penekanan kepada pembentukan budaya keusahawanan yang kukuh dan berdaya saing.

Sejak diperkenalkan, program ProSPEC telah melatih lebih daripada 200 peserta dengan sebahagian besar daripadanya berjaya memiliki perniagaan sendiri menggunakan jenama seperti U.n.i Klinik, U.n.i Dental, U.n.i Farmasi, Dr. Vet serta Prudence Consulting Group (PACCT).

Sesi taklimat kepada peserta telah disampaikan oleh Timbalan Pengarah Bahagian Infrastruktur Komersial MARA, Mohd Norhisyam Mahayudin yang berkongsi mengenai hala tuju, peluang serta potensi pembangunan perniagaan melalui program tersebut.

Program ProSPEC berperanan sebagai platform strategik dalam melahirkan lebih ramai usahawan profesional Bumiputera yang berdaya saing, sekali gus mengembangkan ekosistem perniagaan dalam industri kesihatan, perkhidmatan profesional dan veterinar di peringkat nasional.

Oleh: shafiz hamzah