𝗣𝗘𝗥𝗛𝗔𝗟𝗨𝗦𝗜 𝗚𝗘𝗥𝗔𝗞 𝗞𝗘𝗥𝗝𝗔, 𝗚𝗔𝗡𝗗𝗔𝗞𝗔𝗡 𝗜𝗠𝗣𝗔𝗞 𝗞𝗘𝗨𝗦𝗔𝗛𝗔𝗪𝗔𝗡𝗔𝗡 – 𝗧𝗞𝗣 𝗠𝗔𝗥𝗔
KANGAR, 9 April 2026 – Pelaksanaan perkhidmatan yang lebih cekap dan menyeluruh menerusi Pelan Strategik MARA (PSM) 2026–2030 perlu diberi tumpuan sepenuhnya bagi merealisasikan hasrat besar agensi khususnya dalam Sektor Keusahawanan MARA.
Timbalan Ketua Pengarah MARA, Tuan Zahari Aziz berkata, gerak kerja di semua peringkat, sama ada tertinggi mahupun akar umbi, perlu selari dan berpaksikan PSM terkini.
“Saya juga menyeru semua warga kerja agar sentiasa cakna serta berani keluar dari zon selesa supaya kakitangan di peringkat Pejabat MARA Negeri dan Pejabat MARA Daerah kekal proaktif dan kompeten dalam melahirkan usahawan yang luar biasa,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika menghadiri Sesi Gerak Kerja Sektor Keusahawanan Edisi Kedah & Perlis di Elissa Hotel & Suites, hari ini.
Dalam masa sama, beliau turut menekankan aspirasi 3P iaitu Penyertaan, Pemilikan dan Penguasaan serta Peta Transformasi MARA agar terus dijadikan teras oleh seluruh warga kerja MARA dalam mencapai agenda memperkasa kejayaan usahawan Bumiputera di negara ini.
Sesi ini turut diiringi oleh En. Mohd Azam Jamaluddin, Pengarah Bahagian Pembiayaan Perniagaan (BPN) dan En Mohd Norwawi Ibrahim, Pengarah PMN Perlis.
Seramai 50 pegawai terdiri daripada Bahagian Pembiayaan Perniagaan, Penyelaras Pembiayaan MARA di seluruh negeri, pengurusan tertinggi MARA Negeri Perlis & Kedah, Ketua PUSMA, Ketua Unit Infrastruktur Komersial serta Pegawai MARA Daerah negeri Kedah dan Perlis.
Oleh: hamli



