𝗘𝗦𝗦𝗘𝗡𝗖𝗘 𝗢𝗙 𝗟𝗘𝗔𝗗𝗘𝗥𝗦𝗛𝗜𝗣 𝗠𝗔𝗥𝗔 𝗕𝗢𝗔𝗥𝗗 𝟯𝟲𝟬 𝗣𝗘𝗥𝗛𝗔𝗟𝗨𝗦 𝗣𝗘𝗥𝗔𝗡𝗔𝗡 𝗟𝗘𝗠𝗕𝗔𝗚𝗔 𝗗𝗔𝗡 𝗔𝗞𝗔𝗨𝗡𝗧𝗔𝗕𝗜𝗟𝗜𝗧𝗜 𝗢𝗥𝗚𝗔𝗡𝗜𝗦𝗔𝗦𝗜

mara

KUALA LUMPUR, 5 Mac 2026 – Program Essence of Leadership MARA Board 360 telah diadakan di Hotel Premiera, Kuala Lumpur dengan menghimpunkan Pengerusi MARA, Ahli Majlis MARA, pengurusan tertinggi MARA serta Ahli Lembaga Pengarah syarikat milikan MARA. Program ini dianjurkan sebagai platform strategik bagi memperdalam kefahaman mengenai peranan dan akauntabiliti lembaga, di samping mempertingkat kecekapan kepimpinan dalam memastikan tadbir urus organisasi dilaksanakan secara berkesan dan selaras dengan prinsip tadbir urus terbaik.

Antara pengisian utama program ialah Dialog Eksekutif bertajuk Transformation and Changes How to Make it Permanent yang disampaikan oleh Tan Sri Wan Zulkiflee Wan Ariffin, Pengerusi DRB HICOM Berhad. Sesi tersebut menampilkan perkongsian pengalaman dan pandangan kepimpinan dalam mengurus perubahan organisasi serta meningkatkan keupayaan membuat keputusan strategik.

Penganjuran program ini mencerminkan komitmen MARA dalam memantapkan peranan lembaga pengarah serta memastikan budaya tadbir urus yang telus, berintegriti dan berimpak tinggi dalam ekosistem organisasi.

Oleh: Fairuz, 5 Mac 2026