๐๐๐ง๐จ๐ ๐ฃ๐๐ก๐๐๐ฅ๐๐ ๐ ๐๐ฅ๐ ๐ฅ๐๐ฆ๐ ๐ ๐ฆ๐จ๐ฅ๐๐จ ๐๐-๐๐จ๐ฆ๐๐ก๐ ๐๐ ๐๐จ๐ฆ๐๐ก๐ @ ๐ ๐๐ก๐๐ฅ๐ ๐ ๐๐ฅ๐
KUALA LUMPUR, 6 Mac โ Ketua Pengarah MARA, Datoโ Zulfikri Osman hari ini merasmikan Surau Al-Busana yang terletak di Aras 2, BUSANA @ Menara MARA sempena program walkabout serta pelaksanaan Program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) persiapan Hari Raya bersama anak-anak dari Rumah Kita.
Dalam majlis yang sama, beliau turut meninjau perkembangan semasa, kemudahan baharu serta operasi perniagaan di BUSANA @ Menara MARA selain berinteraksi secara langsung dengan para penyewa dan pengunjung. Inisiatif ini mencerminkan komitmen MARA dalam memperkasa ekosistem perniagaan serta meningkatkan daya saing premis tersebut sebagai hab perniagaan usahawan tempatan.
Dalam program yang sama, turut diadakan sesi CSR pembelian baju raya bersama anak-anak dari Rumah Kita dengan kerjasama para penyewa di BUSANA @ Menara MARA sebagai usaha menceriakan persiapan sambutan Hari Raya Aidilfitri bagi golongan yang memerlukan. Program ini bukan sahaja memberi kegembiraan kepada kanak-kanak tersebut, malah turut menyokong aktiviti ekonomi para penyewa di premis berkenaan.
Selain itu, Ketua Pengarah MARA turut melawat reruai Bazar Raya Klasik yang berlangsung di Atrium, Aras 1 serta meninjau mural bertemakan Malaysia Kita yang mengetengahkan identiti kebangsaan, warisan budaya dan semangat perpaduan dalam kalangan masyarakat berbilang kaum.
Turut hadir Pengarah Kanan Pelaburan MARA, Dr. Azmi Ahmad Murjan dan Ketua Pegawai Eksekutif MARA Corporation Sdn. Bhd., En. Yahaya Sani.
Oleh: Shafiz, 6 Mac 2026



