๐— ๐—”๐—ฅ๐—”โ€“๐—ข๐—œ๐—ฆ๐—–๐—” ๐—ฃ๐—˜๐—ฅ๐—Ÿ๐—จ๐—”๐—ฆ ๐—ฆ๐—œ๐—ก๐—˜๐—ฅ๐—š๐—œ ๐—ž๐—˜๐—ฅ๐—๐—”๐—ฆ๐—”๐— ๐—” ๐— ๐—”๐—Ÿ๐—”๐—ฌ๐—ฆ๐—œ๐—”โ€“๐—๐—˜๐—ฃ๐—จ๐—ก

MARA

Langkawi, 11 Februari โ€“ Majlis Amanah Rakyat (MARA) hari ini secara rasmi melancarkan Forum Perniagaan Antarabangsa MARAโ€“OISCA 2026 yang ke-7 bertemakan โ€œCultivating Trust, Nurturing Sustainabilityโ€ (Memupuk Kepercayaan, Menyemai Kelestarian). YAB Datoโ€™ Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi, Timbalan Perdana Menteri Malaysia merangkap Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah, menyampaikan ucapan perasmian sempena Majlis Makan Malam Gala Forum Perniagaan Antarabangsa MARAโ€“OISCA 2026 yang diadakan di Park Royal Langkawi Resort, Langkawi.

Majlis tersebut menghimpunkan pemimpin kerajaan, tokoh industri, diplomat, ahli akademik, usahawan serta rakan kerjasama antarabangsa, khususnya dari Jepun, bagi membincangkan kerjasama strategik, pembangunan mampan serta hala tuju modal insan dan daya saing ekonomi Malaysia.

Dalam ucapannya, Datoโ€™ Seri Dr. Ahmad Zahid menekankan hubungan erat dan berterusan antara Malaysia dan Jepun, selain menggariskan peranan penting MARA dan OISCA International Malaysian Chapter (OIMC) dalam membentuk bakat Malaysia yang berkemahiran, berdisiplin dan berdaya saing di peringkat global.

Mengimbau kembali sejarah penglibatan OISCA di Malaysia, beliau menjelaskan bahawa kerjasama tersebut bermula pada tahun 1967 selepas lawatan Reverend Nakano Yonosuke, Presiden OISCA ketika itu, ke Asia Tenggara. Lawatan ini menandakan permulaan salah satu penglibatan antarabangsa terawal dan paling berpanjangan OISCA, dengan tumpuan kepada latihan belia, pembangunan luar bandar dan pembangunan kapasiti.

Beliau turut menyatakan bahawa penubuhan rasmi OISCA International Malaysian Chapter (OIMC) pada 15 November 1991 di Kuala Lumpur telah memperkukuh kerjasama institusi, membolehkan pelaksanaan program latihan industri dan latihan amali yang lebih tersusun di Jepun untuk graduan vokasional MARA. Program-program ini menekankan aspek kepimpinan, disiplin, etika kerja dan pembentukan sahsiah, sekali gus melahirkan belia Malaysia yang berdaya tahan dan bertanggungjawab.

Datoโ€™ Seri Dr. Ahmad Zahid memaklumkan bahawa lebih lima dekad kerjasama ini telah membolehkan lebih 1,000 belia Malaysia menjalani latihan industri secara praktikal di Jepun, manakala lebih 3,000 lagi menerima manfaat daripada program pembangunan kemahiran di Malaysia. Kira-kira 70 peratus daripada mereka kini bekerja dalam sektor swasta, kebanyakkannya dalam syarikat multinasional Jepun di Malaysia. Manakala selebihnya berkhidmat dalam sektor awam atau menjadi usahawan.

Menyentuh mengenai hubungan Malaysiaโ€“Jepun, Timbalan Perdana Menteri menegaskan bahawa kedua-dua negara berkongsi hubungan yang kukuh berlandaskan kepercayaan, hormat-menghormati dan nilai bersama. Sejak terjalinnya hubungan diplomatik pada tahun 1957, kerjasama telah berkembang merangkumi perdagangan, pelaburan, pendidikan, pemindahan teknologi dan pertukaran antara rakyat. Beliau turut menekankan bahawa kerjasama berterusan akan memperkukuh transformasi digital, teknologi hijau dan amalan industri mampan demi manfaat bersama.

Dalam membicarakan landskap ekonomi moden, beliau menegaskan bahawa ilmu, inovasi dan teknologi digital kini menjadi pemacu utama daya saing global berbanding pergantungan kepada sumber asli semata-mata. Justeru, negara dan syarikat perlu lebih tangkas, adaptif dan berinovasi bagi menghadapi perubahan teknologi yang pantas serta ekonomi global yang saling kebergantungan.

Datoโ€™ Seri Dr. Ahmad Zahid turut mengiktiraf peranan penting MARA dalam pembangunan ekonomi negara melalui program Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET), pendedahan industri luar negara serta program keusahawanan. Inisiatif MARA telah meningkatkan kebolehkerjaan tenaga kerja Bumiputera, menyokong perusahaan kecil dan sederhana (PKS), menggalakkan pemindahan teknologi serta merangsang pertumbuhan ekonomi luar bandar.

Sebagai penutup, Timbalan Perdana Menteri melahirkan keyakinan bahawa usahawan Malaysia akan terus berkembang sebagai kuasa ekonomi yang berdikari dan berdaya saing, di samping melaksanakan tanggungjawab sosial untuk membimbing usahawan baharu. Beliau turut mengucapkan tahniah kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan program ini dan menggalakkan peserta memanfaatkan peluang yang ada untuk memperkukuh kedudukan mereka dalam ekonomi global.