Ketua Pegawai Maklumat (CIO) Ketua Pegawai Maklumat (CIO)

Kandungan Jurnal Kandungan Jurnal

 

 

Nama :  Rohayah Binti Mohd Zain
Jawatan :  Timbalan Ketua Pengarah MARA (Khidmat Pengurusan)
Emel :  rohayah@mara.gov.my
No. Telefon :  03-261 34912
No. Faks :  03-269 27978
   
Peranan:  
a) Menyediakan Pelan Strategik Teknologi Maklumat agensi yang mengandungi perancangan penggunaan IT dalam menyokong pencapaian 
  matlamat agensi;
b) Memperkemaskan dan menyepadukan proses-proses yang cross functional antara jabatan bagi menghasilkan perkhidmatan yang lebih cekap dan 
  berkesan;
c) Membangun, mengendali dan mengurus sistem dan infrastruktur IT yang utuh dan selamat serta berdasarkan kepada ciri modularconnectivity, 
  inter-operability dan portability;
d) Menentu hala tuju sistem aplikasi agensi bagi mengurangkan masa dan kos pembangunan, penyelenggaraan dan pengoperasian;
e) Memelihara integriti data elektronik, menggalak perkongsian maklumat dan menyediakan kaedah bagi penyebaran maklumat secara elektronik 
  kepada pengguna-pengguna yang sah sama ada dalam atau luar agensi;
f) Menganggotai Jawantankuasa Perancangan dan Pembangunan atau jawatankuasa utama yang menggubal dasar dan bertanggungjawab terus 
  kepada Ketua Setiausaha atau ketua jabatan/agensi;
g) Mempromosikan kegunaan IT yang berkesan dan seiringan untuk mencapai matlamat strategik agensi dan bertindak sebagai agen dan perintis 
  perubahan (champion of change); dan
h) Memimpin dan melibatkan agensi dalam usaha-usaha kerajaan untuk membangun dan melaksanakan projek IT sektor awam yang membawa 
  perubahan dalam pengurusan dan pentadbiran Perkhidmatan Awam.
   
Manakala, peranan dan tanggungjawab CIO menurut Dasar Keselamatan ICT MARA adalah seperti berikut:
DKMARA - 020102 Ketua Pegawai Maklumat (CIO)
  Ketua Pegawai Maklumat (CIO) bagi MARA ialah Timbalan Ketua Pengarah (Khidmat Pengurusan) MARA.
  Peranan dan tanggungjawab CIO adalah seperti berikut:
  a. Membantu Ketua Pengarah dalam melaksanakan tugas-tugas yang melibatkan keselamatan ICT;
  b. Menentukan keperluan keselamatan ICT;
  c. Menyelaras dan mengurus pelan latihan dan program kesedaran keselamatan ICT seperti penyediaan DKICT MARA serta pengurusan risiko 
     dan pengauditan