| BAHAGIAN PENGURUSAN HARTA, BEKALAN & KONTRAK PENGENALAN Mesyuarat Majlis MARA yang ke-269 pada 21 Disember 2000 telah bersetuju untuk melaksanakan pewujudan Bahagian Pengurusan Harta, Bekalan & Kontrak (BPH) di dalam struktur organisasi MARA. BPH ditubuhkan hasil dari cadangan pengstrukturan semula Bahagian Pentadbiran & Kewangan MARA. Dalam pengstrukturan semula ini, Cawangan Logistik, Cawangan Kemudahan dan Cawangan Binaan yang pada asalnya diletakkan di bawah Bahagian Pentadbiran & Kewangan telah diasingkan dan diletakkan di bawah BPH. Pewujudan BPH ini telah mula berkuatkuasa pada 1 Januari 2001. Sehingga kini, BPH terdiri daripada empat cawangan utama iaitu :- - Cawangan Pengurusan Harta dan Perkhidmatan
- Cawangan Perolehan dan Bekalan
VISI Menjadi sebuah Bahagian yang berwibawa dan boleh dicontohi oleh semua Pusat di dalam MARA dan berazam untuk terus unggul dalam memberikan perkhidmatan yang terbaik bagi membantu MARA dalam usaha membangunkan dan memajukan Bumiputera. MISI Melaksanakan peranan sebagai perancang, pelaksana, penyelaras, pemantau dan penilai dalam menguruskan harta, binaan, perolehan & bekalan dan senggaraan pusat-pusat pentadbiran MARA bagi memantapkan fungsi MARA ke arah pembentukan Masyarakat Perdagangan dan Perindustrian Bumiputera (MPPB). MOTTO :- “Cepat, Tepat dan Jimat” OBJEKTIF Memberi perkhidmatan yang cekap, berkesan dan berkualiti dalam mengurus harta, perolehan & bekalan, binaan dan senggaraan bagi menjamin pencapaian yang cemerlang dalam perlaksanaan semua aktiviti MARA. |