𝗟𝗔𝗪𝗔𝗧𝗔𝗡 𝗞𝗘𝗥𝗝𝗔 𝗞𝗘 𝗚𝗜𝗔𝗧𝗠𝗔𝗥𝗔 𝗠𝗘𝗟𝗔𝗞𝗔 𝗙𝗢𝗞𝗨𝗦 𝗞𝗨𝗔𝗟𝗜𝗧𝗜 𝗟𝗔𝗧𝗜𝗛𝗔𝗡 𝗗𝗔𝗡 𝗜𝗡𝗙𝗥𝗔𝗦𝗧𝗥𝗨𝗞𝗧𝗨𝗥

mara

MELAKA, 15 Jun 2026 – Ir. Dr. Mahzan Teh, Timbalan Ketua Pengarah MARA, telah mengadakan lawatan kerja ke GIATMARA Alor Gajah dan GIATMARA Masjid Tanah bagi meninjau pelaksanaan program latihan kemahiran, kemudahan pembelajaran serta perkembangan pembangunan institusi dalam memastikan penyampaian pendidikan dan latihan teknikal dan vokasional (TVET) terus berada pada tahap terbaik.

Lawatan tersebut bertujuan mendapatkan gambaran menyeluruh mengenai keperluan semasa institusi, termasuk aspek infrastruktur, kelengkapan latihan serta pengukuhan kerjasama strategik bersama industri bagi memastikan program yang ditawarkan kekal relevan dengan keperluan pasaran pekerjaan.

Tinjauan ini juga selaras dengan komitmen MARA dalam memperkukuh ekosistem pendidikan dan latihan berteraskan industri.

Dalam lawatan berkenaan, beliau turut mengadakan sesi interaksi bersama pengurusan dan tenaga pengajar bagi membincangkan inisiatif penambahbaikan berterusan serta usaha memperkasa ekosistem TVETMARA ke arah melahirkan modal insan berkemahiran tinggi, kompeten dan berdaya saing bagi memenuhi keperluan pembangunan negara.

Oleh: firusafira