๐— ๐—”๐—ฅ๐—” ๐—ฆ๐—”๐—ง๐—จ๐—ž๐—”๐—ก ๐—œ๐—ก๐——๐—จ๐—ฆ๐—ง๐—ฅ๐—œ, ๐—•๐—”๐—ž๐—”๐—ง ๐——๐—”๐—ก ๐—ž๐—˜๐—จ๐—ฆ๐—”๐—›๐—”๐—ช๐—”๐—ก๐—”๐—ก ๐— ๐—”๐—ฆ๐—” ๐——๐—˜๐—ฃ๐—”๐—ก

mara

Kemaman, 21 Julai 2026 โ€“ Program CONNECT@MOGC โ€“ Industry Collaboration Showcase 2026 anjuran TVETMARA Kemaman menjadi platform strategik yang menghimpunkan pemain industri, institusi pendidikan, agensi kerajaan serta rakan strategik bagi memperkukuh kerjasama dalam pembangunan bakat, teknologi dan keusahawanan sektor Oil & Gas serta Energy.

Industry-Based Education and Training (IBET) perlu diperkasakan dengan penglibatan industri secara menyeluruh bermula daripada pembangunan kurikulum, latihan industri, perkongsian kepakaran, penggunaan teknologi sebenar, persijilan profesional sehingga kepada penempatan pekerjaan.

Ekosistem MARA yang merangkumi latihan keusahawanan, pembiayaan, premis komersial, bimbingan dan pembangunan kapasiti perlu dimanfaatkan sepenuhnya bagi melahirkan High Growth High Value Business (HGHVB), khususnya dalam sektor Oil & Gas dan Energy. Kerjasama strategik bersama syarikat-syarikat utama industri juga mampu membuka lebih banyak peluang pembangunan vendor, pensijilan, pemindahan teknologi dan akses kepada rantaian bekalan global.

Oleh: hamli