π—£π—˜π— π—˜π—₯π—žπ—”π—¦π—”π—”π—‘ π—ͺπ—”π—‘π—œπ—§π—” 𝗠𝗔π—₯𝗔 π——π—œ π—§π—”π— π—£π—œπ—‘ 𝗧𝗔π—₯π—œπ—ž π—£π—˜π—₯π—›π—”π—§π—œπ—”π—‘ π—Ÿπ—˜π—•π—œπ—› 𝟯𝟬𝟬 𝗨𝗦𝗔𝗛𝗔π—ͺ𝗔𝗑 π—ͺπ—”π—‘π—œπ—§π—”

TAMPIN, 15 Disember 2025 β€” Lebih 300 usahawan wanita yang terdiri daripada usahawan di sekitar Tampin serta penerima kemudahan pembiayaan MARA telah menyertai Program Pemerkasaan Wanita MARA Tampin yang diadakan di Dewan Perdana Tampin , Negeri Sembilan semalam.

Majlis perasmian telah disempurnakan oleh Pengerusi MARA, Datuk Wira Dr. Asyraf Wajdi Dato’ Dusuki yang menekankan peranan wanita dalam pembangunan ekonomi selain pendedahan tentang kemudahan dan peranan MARA dalam latihan kemahiran, pendidikan dan keusahawanan.

Dalam majlis itu, beliau menyampaikan bantuan persekolahan Yayasan Pelajaran MARA (YPM) kepada wakil pelajar dari Daerah Tampin dan lapan parlimen di Negeri Sembilan, selain menyerahkan mock cheque pembiayaan MARA kepada beberapa penerima.