ππππͺ πππ₯π π£ππ₯πππ§πππ‘ ππππ¦, π¨π£π§π πππ£πππ¨ π¦ππππππ π¨π‘ππ©ππ₯π¦ππ§π π£π₯π’πππ¦ππ’π‘ππ π ππ₯π πππ₯π§ππ₯ππ ππ‘π§ππ₯ππππ‘ππ¦π
KUALA LUMPUR, 18 Disember 2025 β Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) melalui MARA akan memberi perhatian khas terhadap pembangunan Universiti Poly-Tech Malaysia (UPTM) bagi memastikan institusi itu mencapai potensi sepenuhnya sebagai universiti profesional yang berdaya saing di peringkat nasional dan antarabangsa.
Selain itu, UPTM turut mencatat kejayaan membanggakan apabila tersenarai dalam dua penarafan universiti antarabangsa berprestij, iaitu Applied Higher Education (AppliedHE) Ranking dan Times Higher Education (THE) Impact Ranking. UPTM berada pada kedudukan ke-64 terbaik di ASEAN dan ke-25 di Malaysia bagi AppliedHE Ranking, serta tersenarai dalam kelompok 1001β1500 dunia bagi THE Impact Ranking.
Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi berkata, UPTM memainkan peranan strategik dalam ekosistem pendidikan MARA, khususnya dalam melahirkan modal insan profesional berimpak tinggi menerusi pendekatan Applied Professional Education yang selari dengan keperluan industri semasa.
βDalam tempoh hanya tiga tahun selepas dinaik taraf sebagai universiti penuh, UPTM telah mencatat kadar kebolehpasaran graduan sebanyak 93.4 peratus, satu pencapaian yang membuktikan keberkesanan pendekatan pendidikan berteraskan industry, dengan hampir 70 peratus program akademik yang ditawarkan UPTM diperkasakan dengan pensijilan profesional, termasuk pengiktirafan status Platinum Association of Chartered Certified Accountants (ACCA), sekali gus memperkukuh kebolehpasaran dan kredibiliti graduan di peringkat global,β katanya ketika merasmikan Majlis Konvokesyen UPTM Ke-3 di Pusat Dagangan Dunia (WTC) hari ini.
Secara keseluruhan, KKDW menyasarkan UPTM untuk terus berkembang sebagai universiti profesional pilihan di peringkat nasional dan antarabangsa, khususnya dalam bidang profesional, sains sosial, pendidikan, teknologi serta kecerdasan buatan (AI), sekali gus memperkukuh agenda pembangunan modal insan dan pemerkasaan komuniti.



