๐—ฃ๐—ฅ๐—ข๐—š๐—ฅ๐—”๐—  ๐—š๐—˜๐—”๐—ฅ ๐—จ๐—ฃ ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฒ ๐—•๐—”๐—ก๐—ง๐—จ ๐—ฃ๐—˜๐—Ÿ๐—”๐—๐—”๐—ฅ ๐—ฅ๐—”๐—ก๐—–๐—”๐—ก๐—š ๐—›๐—”๐—Ÿ๐—” ๐—ง๐—จ๐—๐—จ ๐—ฃ๐—˜๐—ก๐——๐—œ๐——๐—œ๐—ž๐—”๐—ก ๐—ฆ๐—˜๐—Ÿ๐—˜๐—ฃ๐—”๐—ฆ ๐—ฆ๐—ฃ๐— 

MARA

KOTA KINABALU, 11 Mac 2026 โ€“ Program GEAR Up! Get Ready for University Programme 2026 Zon Sabah melabuhkan tirainya hari ini di Universiti Malaysia Sabah dengan penyertaan pelajar lepasan SPM dari seluruh negeri Sabah yang mengikuti pelbagai pengisian persediaan sebelum melangkah ke alam pengajian tinggi. Majlis penutup program telah disempurnakan oleh Puan Ajar @ Siti Ajar binti Yasin, Ahli Majlis MARA.

Program anjuran MARA ini merupakan inisiatif pembangunan pelajar yang memberi pendedahan awal kepada laluan pendidikan selepas SPM melalui bengkel pembangunan diri, kemahiran komunikasi, aktiviti berkumpulan serta lawatan kampus ke institusi pengajian tinggi. Melibatkan seramai 674 pelajar di seluruh negara mengikut zon pelaksanaan, program ini turut memberi penerangan mengenai peluang tajaan pendidikan MARA termasuk Young Talent Development Programme.

Selain meningkatkan keyakinan diri dan kemahiran insaniah pelajar, program ini turut memberi peluang kepada peserta merasai pengalaman suasana pembelajaran di universiti serta mengenali ekosistem pendidikan MARA yang menyediakan laluan pengajian daripada peringkat menengah hingga ke pengajian tinggi. Penganjuran GEAR Up! yang memasuki tahun kelima ini mencerminkan komitmen berterusan MARA dalam membantu pelajar merancang langkah pendidikan yang lebih jelas selepas menamatkan persekolahan.

Oleh: firusafira