๐—ฆ๐—ถ๐—ป๐—ฒ๐—ฟ๐—ด๐—ถ ๐— ๐—”๐—ฅ๐—”โ€“๐—•๐—ฎ๐—ป๐—ธ ๐—œ๐˜€๐—น๐—ฎ๐—บ ๐—ฃ๐—ฒ๐—ฟ๐—ฒ๐—ฟ๐—ฎ๐˜๐—ธ๐—ฎ๐—ป ๐—ž๐—ฒ๐—ฟ๐—ท๐—ฎ๐˜€๐—ฎ๐—บ๐—ฎ ๐—ฆ๐˜๐—ฟ๐—ฎ๐˜๐—ฒ๐—ด๐—ถ๐—ธ ๐——๐—ฒ๐—บ๐—ถ ๐—ฃ๐—ฒ๐—บ๐—ฏ๐—ฎ๐—ป๐—ด๐˜‚๐—ป๐—ฎ๐—ป ๐—•๐—ฒ๐—ฟ๐—ถ๐—บ๐—ฝ๐—ฎ๐—ธ ๐—ง๐—ถ๐—ป๐—ด๐—ด๐—ถ

MARA

Kuala Lumpur, 8 Mei 2026 – MARA hari ini telah mengadakan kunjung hormat ke atas Bank Islam Malaysia Berhad sebagai langkah strategik mempereratkan sinergi institusi dalam meneroka kerjasama bernilai tinggi yang mampu memacu agenda pembangunan ekonomi Bumiputera secara mampan dan progresif. Delegasi MARA diketuai oleh Pengarah Kanan Pelaburan MARA, Dr. Azmi bin Amat Murjan, manakala pihak Bank Islam diketuai oleh Ketua Pegawai Perniagaan Kumpulan โ€“ Perbankan Institusi, Pn. Sharifah Sarah Syed Mohamed Tahir.

Perbincangan memfokuskan kepada tiga teras utama iaitu memperkemaskan pelaburan strategik, pemerkasaan tadbir urus kewangan serta pembangunan inisiatif wakaf berimpak tinggi. Kedua-dua pihak turut meneliti potensi kerjasama yang mampu mewujudkan nilai jangka panjang melalui pendekatan pelaburan yang lebih lestari, pengurusan kewangan yang cekap dan berintegriti serta pemanfaatan instrumen wakaf sebagai pemangkin pembangunan sosioekonomi dan kesejahteraan masyarakat.

Selaras dengan aspirasi MARA untuk terus kekal relevan dan berdaya saing, kerjasama strategik bersama institusi kewangan utama negara seperti Bank Islam dilihat mampu mempereratkan agenda transformasi organisasi, memperluas jaringan pelaburan serta memastikan setiap inisiatif yang dirangka memberi impak nyata kepada pembangunan Bumiputera dan kemajuan negara secara menyeluruh.

Oleh: suhaimi