๐—ž๐—˜๐—›๐—”๐——๐—œ๐—ฅ๐—”๐—ก ๐—ž๐—˜๐—ง๐—จ๐—” ๐—”๐—จ๐——๐—œ๐—ง ๐—ก๐—˜๐—š๐—”๐—ฅ๐—” ๐—ฆ๐—˜๐—ฅ๐—Ÿ๐—”๐—›๐—ž๐—”๐—ก ๐—ฆ๐—œ๐—ก๐—˜๐—ฅ๐—š๐—œ ๐— ๐—”๐—ฅ๐—” ๐——๐—”๐—ก ๐—๐—”๐—•๐—”๐—ง๐—”๐—ก ๐—”๐—จ๐——๐—œ๐—ง ๐—ก๐—˜๐—š๐—”๐—ฅ๐—” ๐——๐—œ ๐— ๐—œ๐—–๐—” ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฒ

mara

KUALA LUMPUR, 23 April 2026 โ€“ Sesi Forum IV dalam MARA International Accounting Conference (MiCA) 2026 di World Trade Centre Kuala Lumpur (WTCKL) mencuri perhatian apabila menampilkan Ketua Audit Negara, YBhg. Datoโ€™ Seri Wan Suraya Wan Mohd Radzi bersama barisan panel pakar industri dalam membincangkan masa depan amalan audit.

Beliau menyertai forum bertajuk โ€œEvolving: Continuous Auditing, Blockchain, and Artificial Intelligence (AI)โ€ yang mengetengahkan bagaimana teknologi baharu membentuk pendekatan audit yang lebih telus, responsif dan berasaskan data.

Penglibatan Ketua Audit Negara dalam forum ini mencerminkan hubungan profesional yang erat antara MARA dan Jabatan Audit Negara, khususnya dalam aspek tadbir urus, ketelusan serta akauntabiliti dalam pengurusan organisasi.

Perkongsian pandangan beliau turut memberi dimensi penting terhadap evolusi amalan audit termasuk penggunaan kecerdasan buatan, blockchain dan model audit berterusan yang semakin relevan dalam persekitaran semasa.

Penganjuran MiCA 2026 ini sejajar dengan komitmen MARA dalam memperluas jaringan kerjasama strategik bersama agensi berkepentingan bagi menyokong pembangunan profesional yang mampan dan berimpak tinggi.

Oleh: shafiz hamzah