𝗠𝗔𝗥𝗔 𝗦𝗔𝗦𝗔𝗥 𝗘𝗞𝗦𝗣𝗢𝗥𝗧, 𝗣𝗔𝗖𝗨 𝗨𝗦𝗔𝗛𝗔𝗪𝗔𝗡 𝗕𝗨𝗠𝗜𝗣𝗨𝗧𝗘𝗥𝗔 𝗞𝗘 𝗣𝗔𝗦𝗔𝗥𝗔𝗡 𝗚𝗟𝗢𝗕𝗔𝗟
IPOH, 28 November 2025 – Majlis Amanah Rakyat (MARA) kini menumpukan strategi kepada pengskalaan perniagaan dan pengantarabangsaan bagi membawa lebih ramai usahawan Bumiputera menembusi pasaran global.
Menurut beliau, strategi baharu ini dirangka untuk mempercepatkan pertumbuhan perniagaan Bumiputera daripada skala mikro kepada perusahaan kecil dan sederhana (SME), serta membuka peluang untuk menembusi pasaran eksport global.
“Komitmen MARA kini tertumpu pada penyediaan akses pembiayaan yang berkesan serta pembangunan keusahawanan yang berorientasikan pasaran,” kata Encik Zahari.
Beliau turut menambah bahawa penembusan ke pasaran antarabangsa menjadi keutamaan bagi memastikan usahawan Bumiputera mampu bersaing selaras dengan matlamat Ekonomi MADANI.



